Itu bukan suami baru Kak Engku, Akhirnya pihak Raja Azura buka cerita

“Bukan Kak Engku (Raja Azura) yang kahwin,” kata sumber Harian Metro bagi menjawab spekulasi mengenai status perkahwinan pengacara dan pelakon, Raja Azura selepas hantaran dimuat naiknya di Instagram, malam tadi.

Sumber berkata, perkahwinan yang sebenar adalah membabitkan Raja Muzaffar Idris Shah Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj.

Malah, berdasarkan hantaran video di Tiktok @saifalsagoff memaparkan pasangan mempelai sebenar yang sedondon mengenakan busana warna putih pada upacara pernikahan.

Turut kelihatan, Raja Azura yang masuk ke dalam dewan dengan disusuli pembawa dulang hantaran.

Dalam pada itu, swafoto Raja Azura bersama seorang lelaki yang sedondon mengenakan baju warna biru gelap beserta emoji cinta bukanlah suaminya.

Sebaliknya lelaki itu ialah pengantin lelaki yang berkahwin dengan wanita pilihannya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Raja Azura tidak berjaya.

Malam tadi, Raja Azura memuat naik video seakan-akan dia melangsungkan pernikahan.

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Kapsyen yang ditulis di video berkenaan menguatkan lagi spekulasi dia melangsungkan pernikahan.

“Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.

Ia mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.