Diam2, Rupanya, Aflin Shauki dah kawin lagi,Ini Biodata istri baru
Pelakon dan pelawak popular, Datuk Afdlin Shauki mengaku sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, tahun ini. Afdlin dalam temubual secara eksklusif berkata, wanita pilihannya itu berasal dari Johor dan kini bekerja dengannya.
“Alhamdulillah, saya sudah menamatkan zaman duda dan beraya bersama keluarga baru dan lama, tahun ini,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu. Afdlin berkata, sebenarnya dia enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu itu dijadikan ‘highlight’.
“Apa yang boleh saya kongsi, saya sudah menamatkan zaman duda. Hubungan isteri dan bekas isteri serta anak-anak juga baik. Isteri saya pernah bekerja dengan saya dan masih bekerja dengan saya. “Itu saja yang dapat saya kongsi kerana enggan memperbesarkan perkara ini. Cukuplah saya kongsikan berita gembira ini.
“Jika diikutkan, saya sendiri jarang berkongsi mengenai bekas isteri sebelum ini. Jadi biarlah privasi itu disimpan buat saya saja,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, bekas isteri Afdlin iaitu Maria Christina Orow Abdullah berkongsi rumah tangga yang dibina selama 25 tahun ‘runtuh’ dan bercerai pada April tahun lalu. Difahamkan, hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemk sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai.
Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak. Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Sumber : BeritaHarian
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.