Dihentam Tak Bertudung, Rita Rudaini ‘Bidas’ Dengan Ayat Padu: ‘Depa Asyik Kira Dosa Orang!’

- IKLAN -

Pelakon veteran Rita Rudaini meluahkan rasa tidak senang hati terhadap individu yang mengkritiknya kerana masih belum bertudung.

Rita, 49, menegaskan golongan yang suka merendahkan orang lain hanya berdasarkan penampilan sahaja adalah lebih buruk kerana mereka seolah-olah meletakkan diri sebagai ‘pemegang kunci syurga’.

“Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab yang rasa diri mereka terpaling suci dan ahli syurga,” katanya dalam satu hantaran di Instastory pada malam Jumaat.

Pelakon itu membidas seorang netizen yang menghina dirinya dengan berkata, “Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung itu. Merekalah pemegang kunci syurga layaknya, asyik kira dosa orang.”

Rita turut berkongsi bahawa penampilan seseorang tidak semestinya mencerminkan perwatakan sebenar.

“Pakai tudung pun buat apa awak, kalau mulut itu (digunakan) asyik mengumpat orang,” ujarnya yang sinis mengenai sikap sesetengah individu.

Tambahnya, wanita yang terkenal dengan keluarga ulul albab itu sering dilihat sebagai ‘terpaling tudung labuh’ tetapi tidak menghalang mereka mengkritik dan mengumpat.

Sebelum ini, Rita pernah dikritik seorang wanita yang mempersoalkan bagaimana aktres itu akan menjelaskan kepada anak-anaknya kelak mengapa tidak bertudung.

Namun, Rita enggan melayan kritikan tersebut dan memilih untuk fokus kepada kehidupan serta keputusannya sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*