Elaun Hilang, Pencen Tiada: Jururawat Makin Susah Dapat Pengganti!

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Saaidah Athman, mendedahkan bahawa penghentian elaun kritikal selepas 1 Januari 2020 dan tiadanya pencen menjadi faktor utama yang menyebabkan kerjaya jururawat kurang diminati oleh golongan anak muda.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Saaidah berkata isu kekurangan jururawat di sektor awam sukar diselesaikan selagi kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik.

@suara.semasa

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Saaidah Athman mendedahkan elaun kritikal dihentikan untuk pengambilan selepas 1 Januari 2020, tiada pencen menjadi punca jawatan jururawat bukan lagi menjadi pilihan anak-anak muda sekarang. Menurut laporan Free Malaysia Today, Saaidah berkata isu kekurangan jururawat di sektor awam sukar ditangani selagi kebajikan golongan itu tidak dijaga dengan baik. Elaun kritikal dihentikan Tambahnya lagi, waktu kerja syif yang mencecah sehingga 45 jam seminggu, selain persepsi bahawa bidang ini sukar dan perlu berdepan dengan ‘kekotoran’, turut menjadi faktor yang menjauhkan golongan muda daripada menceburi kerjaya kejururawatan. “Kerajaan perlu pertimbang elaun seperti elaun syif, elaun kritikal tidak dipegunkan dan sebagainya. “Banyak lagi elaun boleh menarik anak muda,” katanya. Beliau berkata demikian untuk mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berhubung perjawatan jururawat yang tidak dipohon menyebabkan kekurangan semakin kritikal di sektor awam. Saaidah turut mendakwa penutupan beberapa kolej kejururawatan sekitar tahun 2019 dan 2020 menjadi antara punca kepada kekurangan jururawat di negara ini. Sumber : Malay News 1 July 2025

♬ original sound – Bani Kurdi – BK

- IKLAN -

Selain itu, waktu kerja syif yang boleh mencecah sehingga 45 jam seminggu serta persepsi bahawa bidang kejururawatan sukar dan perlu berdepan dengan ‘kekotoran’ turut menjadi sebab utama golongan muda menjauhkan diri daripada bidang ini.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan semula elaun seperti elaun syif dan elaun kritikal agar tidak dihapuskan,” katanya.

Saaidah turut mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, mengenai kekurangan permohonan jawatan jururawat yang semakin memburuk dan menyebabkan masalah kekurangan tenaga kerja.

Beliau juga menyatakan bahawa penutupan beberapa kolej kejururawatan sekitar tahun 2019 dan 2020 menjadi antara punca utama kekurangan jururawat di negara ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Saaidah mencadangkan kerajaan membuka lebih banyak kolej atau universiti yang menawarkan program kejururawatan daripada hanya melonggarkan syarat kemasukan diploma.

“Saya kurang setuju dengan pelonggaran syarat kerana pengajian jururawat bukan mudah dan mengambil masa tiga tahun,” katanya.

Untuk rekod, sehingga Februari lalu, sebanyak 6,919 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan meletak jawatan sejak tahun 2020, termasuk 2,141 jururawat (1,754 tetap, 387 kontrak), 1,856 pegawai perubatan tetap, 3,846 pegawai kontrak, dan 1,217 pakar perubatan.

Kredit – OhMyMedia