PU Azman Teruskan Dakwah Dalam Penjara, Hafaz 4 Juzuk Al-Quran!

- IKLAN -

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, bekas penceramah selebriti Azman Syah Alias, lebih dikenali sebagai PU Azman, tetap meneruskan usaha dakwah dengan mengajar agama kepada banduan lain.

Perkembangan ini dikongsi sendiri oleh peguam beliau, Mohamad Zahid Ahmad, menerusi satu hantaran di Facebook dengan izin bekas anak guamnya itu.

Menurut Zahid, PU Azman kini berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau aktif mengajar banduan di dalam penjara serta kadangkala berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.

TONTON VIDEO :

@sinarharianonline

“Setiap hari beliau mengajar banduan di dalam penjara dan adakalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara”. Demikian kongsi peguam, Mohamad Zahid Ahmad berkenaan keadaan pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 44, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan melakukan amang seksual. ——————————— Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰ ๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai ๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam ๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #PuAzman #KarnivalSiangMalam

โ™ฌ Rabbani_Intifada – ๊ง ๐‘น.๐’Œ๐’‚๐’š_๐‘ถ๐’‡๐’‡๐’Š๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๊ง‚

Lebih membanggakan, PU Azman atau mesra dipanggil Cik Man, telah berjaya menghafaz empat juzuk al-Quran sejak mula menjalani hukuman penjara pada September tahun lalu.

โ€œBeliau mohon didoakan dan memaklumkan kini telah menghafaz empat juzuk al-Quran,โ€ ujar Zahid.

Dalam setiap pertemuan, Cik Man juga sering meminta dibawakan buku baharu, menandakan semangat cintanya terhadap ilmu walaupun melalui cabaran kehidupan di penjara.

โ€œHanya beliau sahaja yang tahu apa yang beliau rasa. Namun setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri. Saya yakin apa yang terjadi kepada sahabat saya adalah ujian terbaik di sisi Allah,โ€ tambah Zahid lagi.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun secara serentak berbanding hukuman asal 24 tahun. Hukuman ini melibatkan dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Walaupun hukuman penjara dikurangkan, dua sebatan yang dikenakan sebelum ini dikekalkan. PU Azman mula menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September 2024.

Meskipun dalam situasi yang sukar, PU Azman menunjukkan bahawa dalam apa jua keadaan, masih ada ruang untuk berbuat kebaikan. Beliau memilih untuk berbakti melalui ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah sepanjang masa yang ada.

Kredit:ย Malaysiagazette via OhMedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*