“Dlm prjalann budak tu ada minta, tapi pcik tu terus ckp..”- Polis dedah punca sebenar budak 13 thun tik4m pacik grab.

SUNGAI PETANI – Marah apabila dimaki dikatakan menjadi punca seorang remaja lelaki bertindak cuba menikam seorang pemandu e-hailing di dalam satu kejadian di Taman Keladi di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 65 tahun bernasib baik apabila tikaman itu dikatakan terkena pada tali pinggang keledar dipakainya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, mangsa menerima pesanan penumpang kira-kira pukul 5.43 petang semalam untuk dihantar dari Taman Keladi ke Bandar Seri Astana, di sini.

“Semasa dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 dengan mendakwa mahu membayar sewa rumah.

“Pemandu kemudian beritahu sekiranya remaja terbabit tidak mempunyai wang, dia terpaksa menurunkannya di lokasi tersebut, namun penumpang enggan dan meminta dihantar ke rumahnya di lokasi berkenaan untuk ambil wang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik tiba di Bandar Sri Astana, suspek meminta dibawa semula ke Taman Keladi dan pemandu menerima bayaran sebanyak RM18 sebelum remaja terbabit melengah-lengahkannya untuk terus memandu ke beberapa lorong kecil.

“Pemandu menurunkannya di satu lokasi dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9 dan remaja itu memberi wang sebanyak RM20 dan semasa hendak memulangkan baki wang, remaja terbabit mengacukan pisau ke dada kiri mangsa dan mahu merampas wang dari poket mangsa.

“Mangsa sempat merampas pisau serta menggigit tangan suspek untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri,” ujarnya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.