“Sudah bersama saya sejak 1998”, Wanita Sukar Berpisah Dengan Bantal Busuk Walaupun Dah Lunyai
Walaupun kapasnya sudah habis terkeluar dan tinggal sarung sahaja, bukan mudah bagi seseorang untuk membuang bantal busuk yang sudah menemani zaman kecil mereka. Benar, di pasaran banyak sahaja bantal baru yang boleh dibeli bila-bila masa. Namun percayalah, baunya tidak akan sama dengan yang lama.
Bantal milik Intan sudah ada sejak tahun 1998…Wow usia bantal sudah 25 tahun
Persis kisah wanita bernama Intan ini, ‘kesetiaan’ kepada bantal busuk tersayang dapat dilihat menerusi perkongsiannya di laman TikTok. Sekali pandang, tiada siapa menyangka benda yang digentel masuk ke dalam lubang hidungnya itu merupakan cebisan bantal busuk. Jelas Intan, ia sudah ada sejak tahun 1998 lagi dan dirinya akui tidak dapat berpisah dengan bantal busuk yang pastinya mempunyai sentimental value.
Tiada niat untuk beli bantal baru bagi menggantikan bantal lama
Menerusi perkongsian dengan portal World Of Buzz, wanita ini berkata dia tidak mempunyai niat untuk membeli sebarang bantal baru baru menggantikan bantal lama. Sejak dikongsikan ke TikTok, rakaman lucu Intan sudah meraih lebih 1.9 juta tontonan daripada netizen.
Asal macam bantal busuk kita ekkk…Nak tidur mesti cari
Menjengah ke ruangan komen, rupanya ada juga netizen berkongsikan pengalaman sama. Hatta bantal busuk sudah ‘lunyai’ sekalipun, mereka kekal menyimpan sarungnya sampai sekarang.
[redirect url=’https://shope.ee/1AwXtKGQ2V’ sec=’30’]