Menantu berpantang terharu, bapa mentua hantar makanan siap hidangkan sekali

Setiap ibu yang baru melahirkan, penjagaan kesihatan mereka dan bayi sangat dititikberatkan. Jadi penggunakan servis dari Confinement Lady (CL) menjadi pilihan wanita sekarang kerana enggan menyusahkan ahli keluarga yang lain.

Namun, bukan semua CL memberikan servis terbaik kepada ibu yang sedang berpantang kerana ada sahaja yang agak culas dalam melakukan pekerjaan mereka.

Kecewa CL bagi makan sup hotdog

Hal ini samalah seperti perkongsian dari pengguna Twitter dikenali sebagai @thenaddynadd apabila berkongsi momen sewaktu bapa mentuanya sendiri menghantar makanan pantang selepas dia berasa kecewa dengan hidangan yang diberi oleh CL yang menjaganya.

Hantar siap letak atas meja tau

Lebih membuatkan ramai terharu dengan perkongsian yang dibuat Nadia adalah bapa mentua turut meletakkan makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan.

Seronoknya mentua macam ni!

Keprihatinan keluarga mentua Nadia telah menghadirkan pelbagai komen positif apabila ramai yang memuji tindakan tersebut.

Mereka juga merasakan wanita berkenaan begitu bertuah kerana mempunyai mentua yang sangat menghargai menantu termasuklah menjaganya sewaktu sedang berpantang.

Laju2 tu mesti nak pergi tengok cucu

Mesti awak orang baik, Allah beri mentua yang baik juga

Semoga keluarga pengguna Twitter berkenaan terus berbahagia sehingga ke syurga dan kita semua mendapat mentua serta menantu yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Sumber: Twitter @thenaddynadd

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.