Enggan bergantung harap pada manusia, Elfira Loy mahu fokus kejar akhirat

Tindakan pelakon Elfira Loy yang memuat naik perkongsian berkaitan ujian dalam kehidupan telah mengundang rasa bimbang dalam kalangan rakan artis.

Bagi meredakan keadaan, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata dirinya dalam keadaan baik dan hanya terkesan dengan program agama yang disertainya, baru-baru ini.

Elfira Loy mahu fokus

“Jangan risau tau kawan-kawan, saya baik-baik sahaja.
“Cuma memang terkesan dengan event haritu, saya datang ke event tersebut dengan penuh pertanyaan..siap dah ready nak tanya ustaz,” katanya.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, segala persoalan yang terbelenggu dalam fikiran akhirnya terjawab berhubung ujian yang dialaminya pada ketika ini.

Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai dugaan yang dihadapinya, dia memberitahu mahu fokus mengejar akhirat dan enggan untuk bergantung harap pada manusia.

Elfira Loy mahu fokus

“Tapi alhamdulilah, dengan jawapan yang ringkas daripada ustaz semua persoalan saya terjawab dan saya sebak je.
“Saya sebak sebab saya rasa lega sangat tak payah fikir dah dengan ujian-ujian tu. Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia. Semua ni kejap je.
“Saya nak fokus nak jalani perjalanan bila dah mati nanti, itu yang buat saya takut,” ujarnya.

Sekadar info, Elfira dan Muhammad Farish Khairol Anuar berkahwin pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: Instagram @Elfira Loy

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.