Rumah Bot Milik Pengasas Kosmetik Terkenal Dihanyutkan Banjir Di Kelantan

Rumah bot milik soerang pengasas produk kosmetik dihanyutkan banjir yang berlaku di Sungai Kelantan, lapor Sinar Harian.

Turut hanyut bersama rumah bot berkenaan adalah ratusan kilogram daging segar, king crab, barangan basah serta peralatan jualan lain yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

 

Menurut Sinar Harian, tali yang mengikat bos berkenaan dikatakan terputus semasa hujan lebat serta arus sungai deras yang berlaku kira-kira jam 3.29 petang, hari ini.

Dalam pada itu, pengasas kosmetik serta pengusaha restoran yang hanya dikenali sebagai JL Fara berkata, beliau masih terkejut dengan kejadian tersebut.

 

“Sebelum tali terputus disebabkan arus deras, suami ada memaklumkan pada saya untuk menambah lagi bilangan tali untuk memastikan ‘houseboat’ tidak dihanyutkan.

Rumah bot pengasas komestik hanyut dalam banjir di Kelantan

@hmetromy Pemilik restoran berkonsepkan rumah bot akur dengan kerugian hampir RM800,000 yang dialami apabila premis itu dihanyutkan arus deras. #BeritaTikTok ♬ original sound – Harian Metro

 

“Belum sempat untuk kami berbuat demikian ia berlaku. Di dalam ‘houseboat’ ini terdapat dapur serta tempat penyimpanan barangan jualan bagi ‘shellout’ serta nasi berlauk malam,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Tambah JL Fara, kejadian itu turut melibatkan dua bahagian iaitu restoran dan juga rumah peribadi serta sebuat bot yang ditempatkan bersama rumah bot berkenaan.

 

Berkongsi lanjut, beliau turut memberitahu satu kejadian pokok besar tumbang dan menimpa bahagian dapur rumah bot berkenaan turut berlaku sekitar jam 8 malam, pada Selasa.

Ekoran itu, beliau bersama pekerjanya terpaksa berjaga sehingga Subuh bagi membersihkan sisa-sia pokok tumbang tersebut.

 

“Saya tidak sangka petang ini pula ‘houseboat’ yang hanyut. Letih malam tadi belum hilang lagi.

“Bagaimanapun Alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang tadi kami menerima perkhabaran gembira, apabila ada penduduk yang telah ternampak dan menyelamatkan ‘houseboat’,” katanya lagi.

 

Menurut JL Fara, bahagian rumah bot kecil berkenaan kemudian dilaporkan berjaya ditemui di Kamput Laut di Tumpat. Manakala bahagian besar pula ditemui di Kampung Keseng, berhampiran Pantai Cahaya Bulan.

Susulan itu, suaminya bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menuju ke kedua-dua lokasi berkenaan untuk mengambil semula rumah bot tersebut.

 

“Terima kasih kepada penduduk kampung yang baik hati. Saya dimaklumkan ada sebuah keluarga dengan anak-anak kecil menaiki bot siap tolong selamatkan ‘houseboat’ kami daripada terus dihanyutkan.

“Alhamdulillah, rakyat Kelantan baik-baik semuanya,” katanya.

 

Terdahulu, satu video yang menunjukkan detik-detik rumah bot berkenaan dihanyutkan turut menjadi tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.