Era FM Umum Penyampai Radio Baru, Ganti Tempat Nabil, Radin Dan Azad
Kalau korang selalu layan ERA FM, bersedialah untuk perubahan segar di 3 Pagi Era! Pelakon dan pengacara legend, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera Ijoy, kini sah bergelar penyampai baru di stesen radio Era.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh pihak Era di Instagram mereka, mengesahkan bahawa Shiera bakal menggantikan Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin yang direhatkan buat sementara waktu.
Gandingan 3 trio baru…

Mulai Isnin depan, Shiera akan menemani pagi korang bersama Haziq Hussni dan Namie dalam segmen 3 Pagi Era. Dengan kehadiran Shiera yang terkenal dengan lawak spontan dan personaliti bersahaja, pastinya suasana pagi akan lebih gamat dan penuh gelak tawa.
Sebelum ini, Shiera bergurau di ruangan komen, menawarkan diri untuk menggantikan tempat trio yang direhatkan. Siapa sangka, gurauan itu menjadi kenyataan.
Dah sah ya semua! Shiera akan ke udara dengan Haziq dan Namie bermula Isnin ini. Sebutan legit betul, nombor telefon dah hafal, bos pun dah luluskan.
Fasal bayaran nanti kita bincang dengan bos, Shiera kata nak guna panggilan Deejay Rare nanti. – Pengendali akaun Era FM.
Ambil Shiera Ijoy pilihan tepat?
Ramai berpendapat bahawa pemilihan Shiera adalah langkah berani oleh Era. Dengan pengalaman luas dalam dunia hiburan dan personaliti yang selamba, gandingan ini dijangka memberi nafas baru kepada segmen pagi yang cukup popular di kalangan pendengar.
Buat masa ini, Namie dan Munabella masih meneruskan segmen 3 Pagi Era, sementara menanti kemunculan rasmi Shiera minggu hadapan.