“Ingat bonda ni wanita berkelas tapi.. ” Netizen Terkejut ini perangai sebenar Bonda..

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah video di Instagram Story (IGs) miliknya.

Dalam video tersebut, Bonda Rozita bertanya kepada suami barunya, yang juga abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam, mengenai pandangannya terhadap tularnya kisah mereka di media sosial.

“Apa pendapat awak tentang viral,” soalnya.

Walaupun wajah suaminya tidak dipaparkan, lelaki tersebut dengan nada ceria menyatakan bahawa dia gembira kisah mereka mendapat perhatian ramai.

- IKLAN -

“Seronoklah viral. Orang akan kenal saya, iaitu suami kepada seorang wanita dan usahawan yang terkenal,” katanya.

Meskipun video tersebut telah dipadam daripada IGs Bonda Rozita, ia kembali tular di platform TikTok selepas dimuat naik oleh seorang individu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan pelbagai pendapat, malah ada yang mengkritik ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa berperwatakan ‘menggeletis’.

Selain itu, segelintir netizen juga beranggapan bahawa suami baharunya merupakan seorang ‘sweet talker’, yang mungkin menyebabkan usahawan itu mudah terpikat.

Bagaimanapun, ruangan komen di video tersebut telah ditutup.

@kay_officialpage1 #viraltiktok #bondarozitaibrahim ♬ original sound – kay_officialpage1

Kisah mengenai perkahwinan baru Bonda Rozita menjadi perbualan hangat di media sosial selepas usahawan itu membuat siaran langsung di IG miliknya memperlihatkan sosok seorang jejak disampingnya.

Walaupun Bonda Rozita masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, anak perempuannya, Nur Ain Sufiyah, telah mengesahkan bahawa ibunya kini sah bergelar isteri kepada lelaki berkenaan mengikut syariat Islam.

Sumber – xtra