“Ini dah ibarat ‘caras’ effort KA untuk bagi harga mampu milik pada semua orang. Tak pasal2 kena saman nanti” – Netizen

Kejayaan influencer, Khairul Aming dalam melancarkan produk terbarunya pada malam semalam terus menjadi perbualan hangat sehingga sekarang. Lelaki berusia 31 tahun ini sekaligus mencetuskan inspirasi buat orang di luar sana tentang betapa pentingnya untuk mengaplikasikan nilai ilmu dalam perjalanan membangunkan empayar perniagaan sehebat ini.

Muncul geng reseller yang cuba mengambil kesempatan

Malangnya, pisang seakan-akan berbuah dua kali bila mana muncul lagi pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sambutan hangat penjualan produk Khairul Aming. Jika terdahulu hangat dengan isu Sambal Nyet ‘ciplak’ daripada peniaga bernama Khairi, kali ini ada kelompok pelanggan yang berjaya membeli semalam mahu menjual semula produk dendeng berkenaan dengan harga tak masuk akal.

Salam, saya nak letgo Dendeng Nyet Berapi RM29/paket

Daripada sebuah hantaran yang tular di aplikasi Facebook, seorang wanita dilihat melelong Dendeng Nyet yang awalnya berharga RM14.99 kepada RM29 sepaket iaitu dengan peningkatan sebanyak RM14.01. Individu tersebut kemudiannya turut memaparkan bukti cart TikTok Shop miliknya.

Saya boleh je nak cancel, tapi nanti masing-masing cubalah sendiri…Tengok dapat ke tak

Berdasarkan beberapa respon balas kepada komen netizen, wanita berkenaan berkata harga yang dinaikkan itu umpama ‘bayaran upah’ untuknya yang sudah berebut dalam battle semalam. Jika tidak berminat untuk membeli, dia turut mengingatkan netizen untuk tidak bercakap hal bukan-bukan.

Nak kira effort awak, tapi awak caras usaha KA untuk bagi harga mampu milik pada semua orang

Apa juga niatnya, netizen dilihat merasa kurang senang dan beranggapan wanita terbabit tidak seharusnya membuat aktiviti penjualan semula sebegini rupa. Apalagi, ia jelas-jelas seperti cubaan untuk makan untung atas angin semata-mata.

KREDIT : Facebook Kampung Melayu Majidee 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.