Janna nick menangis teresak-esak sewaktu bersiaran langsung, Rupanya ini yg terjadi

Pelakon terkenal, Janna Nick telah membuat luahan sewaktu bersiaran langsung di TkTok miliknya baru-baru ini dengan mendedahkan apa yang dirasakan dalam hidupnya ketika ini.
“Paling teruk pernah saya hadapi” Merujuk kepada video yang dikongsikan semula xtra, Janna mengatakan yang dia bahagia namun merasakan ada masalah dengan diri sendiri sehingga otaknya terasa sangat bising.
“Saya bahagia, tiada masalah. Cuma, ada masalah dengan diri sendiri. Otak saya bising sangat hari ini. Paling teruk yang saya hadapi.” ujarnya.
Ada suara suruh membunvh. Dalam pada itu, merujuk kepada laporan Kosmo! Janna yang menangis teresak-esak sewaktu bersiaran langsung memberitahu yang dia sangat tidak tahan mendengar pelbagai suara menyuruhnya untuk melakukan tindakan tidak baik seperti membunuh.
Tambahnya, serangan tersebut adalah paling buruk pernah dihadapi sepanjang dua tahun disahkan menghidap bipolar disoder. Dia meraskaan apa yang berlaku berkemungkinan besar disebabkan perubahan pola tidur yang sedang dialaminya.
Saya jalani penggambaran seperti biasa tapi balik lewat setiap hari sekitar pukul 7 atau 8 pagi. Ada hari saya tidur pukul 2 petang, jadi waktu tidur saya bercelaru. Mungkin otak saya tak boleh terima.
“Nak tidur enam jam tapi otak saya berperang. Dia (otak) paksa saya saya fikir benda-benda kritikal. Buat saya fikir macam mana nak bunuh orang, sorok mayat, lari daripada polis. Saya penat dan tak suka.
“Apabila bangun, saya fikir macam mana solar sistem berfungsi, macam mana elektrik berfungsi. Suara-suara itu sangat bising, cakap macam-macam sampai saya rasa benci dengan otak saya,” katanya.
Zikir tenggelam dengan ‘suara’. Ujar isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu lagi, apa yang dialami bukanlah kerap berlaku namun jika terjadi, alunan zikir dan istigfar yang diamalkan juga tenggelam disebabkan gangguan-gangguan tersebut.
“Saya bukan hari-hari begini tapi bila datang hari yang teruk, istighfar dan zikir tak dapat melawan suara-suara yang tengah bercakap dalam otak.

“Bayangkan nak berzikir, 10 suara dalam kepala pun nak bercakap juga, lagi kuat sampai nak hentak kepala di dinding.
Penyakit bipolar yang saya alami ini sangat teruk. Ubat yang saya kena makan tiada kesan dan tak sesuai dengan kerja saya,” luahnya.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Nurul Jannah Muner itu akui lega selepas dapat meluahkan apa yang dirasakan sewaktu membuat siaran langsung itu.
Dia juga menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan masalah bipolar serta masalah mental ini.
Terdahulu, Janna pernah membuat pengumuman kepada peminatnya bahawa menghidap bipolar disoder selain mengaku pernah mencuba untuk membunuh diri pada usia 14 ke 15 tahun dahulu.
Namun, selepas mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar, dia dapat mengawal masalah terbabit disamping meminimumkan risiko serangan.
Sumber : ohmy medla
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*