Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular, ini senarai pemenang ABPBH 35

Buat julung kalinya, Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35) yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara pada Jumaat.

Meraih undian tertinggi, pelakon berusia 43 tahun itu berjaya menewaskan beberapa pencabar terdekatnya bagi merangkul trofi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)


Kemenangan tersebut melayakkan Bell yang sinonim dengan watak Barkoba membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah trofi selain hadiah lain sumbangan penaja utama, Fellera Skin.

ABPBH 35 dikendalikan penyampai radio Hot FM, Johan bersama aktres Ain Edruce yang dibawakan oleh Fellera Skin sebagai penaja utama.

Berikut senarai pemenang bagi 12 kategori utama ABPBH 35 dan Anugerah Khas:

· BBNU Lelaki Popular: Amir Ahnaf

· BBNU Wanita Popular: Anna Jobling

· Anugerah TikTokers Popular: Sally Who

· Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

· Penyanyi Wanita Popular: Aina Abdul

· Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dolla

· Aktor Filem Popular: Beto Kusyairy

· Aktres Filem Popular: Sophia Albarakbah

· Aktor TV Popular: Merqeen

· Aktres TV Popular: Anna Jobling

· Anugerah Eksplorasi Seni: Yuna

· Pengacara Televisyen (TV) Popular: Elly Mazlein

· Penyampai Radio Popular: Tyzo

· Artis Komedi Popular: Bell Ngasri

· Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni: Michelle Yeoh

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*