Fizo omar bagi ‘Hint’ Nak Anak Lagi Tahun Depan, Sekali komen ini pula

Pelakon Fizo Omar selamat menimang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu. Namun sekarang, isteri kepada Fizo iaitu Fazeera Nazri sedang sarat hamil anak kedua.

Gurau nak tambah anak

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar dilihat ‘throwback’ dengan memuat naik foto keluarga kecilnya.

Dalam hantaran itu, Fizo berkongsi keterujaan anak pertamanya dari perkahwinan terdahulu, Wan Maryam yang memiliki dua orang adik dalam masa setahun.

Raya tahun lepas (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ini (2023) tengah sarat dah masuk 37 minggu.

Rezeki tak diduga buat saya dan Faz (isteri). Dan semestinya Cik Yam yang paling happy dapat dua adik dalam satu tahun.

Dalam pada itu, Fizo meluahkan rasa syukur dengan pengorbanan isterinya yang melalui fasa kehamilan selama 9 bulan. Difahamkan, Fazeera sedang melanjutkan pelajarannya untuk Ijazah Sarjana Muda dan bekerja pada masa yang sama.

Kesian isteri tu

Menerusi perkongsian itu, Fizo berseloroh dengan memberi petunjuk untuk menambah cahaya mata lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengasihani isteri kepada pelakon filem ‘Air Mata Si Kudung’ itu yang perlu menjalani fasa hamil selama 9 bulan yang banyak cabarannya. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang merasakan ianya bukan masalah dan merupakan satu rezeki buat pasangan itu.

Sumber: Instagram @fizoomar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*