“mhon daa kalian smua.. abg sy kini..”- Isteri sahkan ini berlaku dgn plakon Zamarul Hisyam..

PELAKON Zamarul Hisham masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dikejarkan ke sebuah hospital di Negeri Sembilan pada malam Rabu akibat sesak nafas.

Isteri Zamarul yang juga aktres Diana Rafar memaklumkan dia masih menanti maklum balas daripada doktor berhubung masalah sebenar dihadapi suaminya.

Ini kerana kata Diana, Zamarul tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan malah seorang individu yang aktif.

Diana berkongsi keadaan Zamarul yang mengalami sesak nafas di lokasi penggambaran.

- IKLAN -

“Saya dapat bertemu dengannya dan Alhamdulillah dia berada dalam keadaan sedar.

“Sebelum ini suami tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan malah dia sangat aktif dan tidak boleh duduk diam orangnya.

“Jadi saya sedang menanti apa kata doktor tentang keadaannya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Diana memberitahu Zamarul berada dalam keadaan lemah ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Port Dickson sebelum mengadu sesak nafas.

Kata Diana, dia bergegas ke lokasi penggambaran kerana dia bersama anak-anak mereka kebetulan sedang bercuti di Port Dickson.

“Kebetulan saya sedang bercuti Port Dickson dan apabila pihak produksi beritahu abang (panggilan Zamarul) sesak nafas saya bergegas ke lokasi sebab berdekatan.

“Saya tengok ada 10 orang mengerumuni abang untuk memberi bantuan sebelum ambulan datang dan dimasukkan ke ICU.

Pada malam Rabu, Diana memuat naik hantaran di Instastory miliknya memohon orang ramai mendoakan kesihatan Zamarul yang berada di dalam ambulan menuju ke hospital.

Sumber – Mstar