“Saya terus call Bell Ngasri..”Berang ank dikecam, Ibu Qistina Raisah dedah akan ambil Saman…

TINDAKAN portal hiburan mengaitkan nama pelakon Qistina Raisah dan Bell Ngasri menerusi hantaran di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan salah faham antara mereka.

 

Tampil mengulas mengenai isu berkenaan, ibu Qistina iaitu Roszana Aminuddin memberitahu dia sudah menghubungi Bell bagi menjelaskan mengenai perkara itu.

 

Roszana berkata dia bertindak demikian kerana tidak mahu timbul fitnah mengaitkan anaknya dengan pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABP35) itu.

 

“Selepas nama Qistina dikaitkan dengan Bell saya terus hubungi dia dan jelaskan yang kenyataan itu tidak menuju ke arahnya.

 

 

Ibu Qistina mahu ambil tindakan undang-undang.

 

“Dia terima baik perkara itu dan saya pun tak nak kekecohan ini berpanjangan. Bell juga ada tinggalkan komen yang di sekadar melawak sahaja tapi orang salah faham.

 

“Dia pun ada minta orang ramai berhenti daripada mengecam Qistina,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan memuat naik paparan skrin artikel menyebut kononnya Qistina menyindir Bell kerana memenangi anugerah.

 

Sedangkan artikel berkenaan sama sekali tiada kaitan dengan pelawak berkenaan dan hanya menyebut mengenai keinginan Qistina mahu mengenggam trofi anugerah.

 

Dalam pada itu, Roszana berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah berkenaan.

 

Pihaknya juga telah mendapatkan nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

 

Malah, dia juga turut menuntut permohonan maaf daripada mereka yang telah menulis komen negatif berkenaan anaknya itu.

 

“Saya kasihan lihat anak saya… lepas satu-satu dia kena hadap. Jadi pihak kami tidak teragak-agak nak ambil tindakan undang-undang memandangkan emosi Qistina juga terganggu.

 

Qistina ada tanggung jawab besar dalam keluarga.

ROSZANA AMINUDDIN

“Kami dah dapat nasihat daripada peguam…. dan mereka nasihatkan kami untuk buat laporan polis dahulu,” ujarnya.

 

Sementara itu, Roszana berkata dia bimbang jika isu sedemikian boleh menyebabkan ada pihak takut bekerjasama dengan anaknya.

Dalam masa sama, komen kecaman yang ditulis netizen juga memberikan kesan terhadap emosi dan mental Qistina.

 

“Saya sedih sebenarnya, Qistina ada tanggung jawab besar dalam keluarga… orang tak tahu tapi cakap bukan-bukan fasal di

Ibu bimbang keadaan Qistina.

 

“Saya risaukan dia… takut bila dia duduk dalam bilik seorang diri dan buat benda yang bukan-bukan, sebab sekarang ni teruk sangat dia kena kecam,” luahnya.

 

Pada Rabu lalu, nama Qistina menjadi bualan hangat apabila meluahkan keinginan untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah memandangkan telah mula berlakon sejak berusia empat tahun.

 

Qistina bagaimanapun berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu.

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.