“Sy pun dah tak nak..”- Baru je maki suami sial, Tak Sangka Kak KM buat keputusan ini pula..
USAHAWAN sensasi Kak KM meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu Razman Ramli kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard mengalami remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah.
Meskipun reda dengan apa yang berlaku, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tetap tidak berpuas hati dengan sikap suaminya yang enggan mengakui kesilapan diri.
“Saya bukan marah fasal kereta rosak dan remuk teruk bahagian belakang. Saya marah sebab dia (suami) langsung tidak minta maaf. Kejadian yang berlaku kita memang tak boleh nak elak.
“Apa yang membuatkan saya lebih marah apabila dia tak mengaku silap sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Kak KM sebelum itu memuat naik video kejadian berkenaan di laman sosial miliknya selain turut menulis kapsyen kata-kata marah.
Difahamkan kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada malam Selasa ketika dia tiada di rumah.
Menerusi video yang dimuat naik, Razman dipercayai tanpa sengaja menekan pedal undur sehingga kenderaan itu merempuh tembok.
Kata Kak KM lagi, dia berkongsi video tersebut bukanlah untuk memburukkan suami tetapi mahu menjadi pengajaran kepada ramai supaya lebih terbuka hati mengungkap kata maaf apabila melakukan kesilapan.
“Itu kereta saya, kalau dia minta maaf rasanya dah selesai semua dan saya pun tak perlu nak marah-marah.
“Saya buat naik video berkenaan juga untuk ajar dia dan orang ramai supaya tahu minta maaf,” tegasnya.
Dalam pada itu, Kak KM berharap suaminya mengambil tanggungjawab membayar cukai jalan dan insurans untuk tahun hadapan selepas dia membuat tuntutan memperbaiki kereta itu.
“Saya akan claim insurans untuk hantar baiki. Tahun hadapan dia kenalah bayar insuran dan road tax. Tak kan saya nak bertanggungjawab lagi,” ujarnya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.