Ibu shuib dedah Watie dan Arwh Siti Sarah punya sikap yg sama, Ramai tk jangka ini pula

Ibu kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Salamiah Salami meluahkan rasa syukur kerana akhirnya anak lelakinya terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita pilihan hati, Watie Hanifiah.

Salamiah berkata, bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas pemergian isterinya, Siti Sarah pada dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Shuib dah terbuka hati menerima wanita lain dalam hidupnya, sekaligus menggantikan ibu kepada anak-anaknya.

 

“Sebelum ini, tidak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan sahaja memikirkan tentang dirinya sahaja, malah anak-anaknya,”ujar Salamiah.

Bagaimanapun, dia sebagai ibu menasihati anaknya supaya menerima Watie sebagai peneman hidup buat dirinya dan anak-anak.

“Saya nasihatkan, kalau nak dapatkan pasangan yang baik apa salahnya. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,”jelasnya.

Dalam pada itu, Salamiah mendedahkan Watie yang juga seorang usahawa memiliki persamaan dengan arwah Siti Sarah seperti sikap pelupa yang ada antara mereka berdua.

“Ciri-ciri Watie ini sebenarnya banyak dengan arwah Siti Sarah. Iyalah, saya pun bukannya orang baik. Kalau saya tak suka, saya terus je marah. Tapi dia macam arwah, kalau dia marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.

“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu, dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia, tak boleh begitu,”katanya.

Katanya lagi, sikap Watie yang gemar melayan kehendaknya setiap kali datang berkunjung ke rumah membuatkan dia teringat akan sikap arwah Siti Sarah.

“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumah. Seperti arwah juga, saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk dapatkan atau masakkan untuk saya,”kata Salamiah.

Sementara itu, Salamiah turut mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina oleh Shuib dan Watie pada malam ini di Shah Alam kekal bahagia selama-lamanya.

Sebelum ini, pasangan ini dilaporkan mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman usahawan tersebut.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, arwah Siti Sarah Raissuddin pada 2011, namun meninggal dunia disebabkan wabk pada Ogos 2021.

Perkahwinan mereka itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Sumber : ohmy media

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.