“Kami Tak pernah berpisah.. Adik terpaksa ditidurkan..” Abg kembar dedah detik Akhir sebelum adik ditidurkan..
GEORGE TOWN – Abang kembar kepada mangsa terkena renjatan elektrik pada Khamis lalu, Mohd Danish Zarif masih bersedih dan kurang berbual selepas kejadian tersebut.
Bapa mereka, Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata, Mohd Danish tidak makan sejak kejadian itu namun sudah menjamah char kuetiau pada malam Jumaat.
Mohd Khairi berkata, Mohd Danish dan Mohd Dawisy amat rapat dan sentiasa bersama dalam menjalani kehidupan seharian termasuk bermain bola pada waktu petang.
“Mereka tidak pernah berpisah sejak kecil, jadi apa yang berlaku dekat adik dia, memang dia terasa sangat. Dia menangis selepas mengetahui insiden yang menimpa adiknya.
“Sejak kejadian itu, dia tak mahu makan langsung, saya tanya nak makan apa, dia geleng. Baru semalam dia beritahu nak makan char kuetiau. Saya lega dia dah nak makan.
“Cuma dia masih sedih, kadang-kadang nampak dia menangis terutamanya waktu malam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di hadapan Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Mohd Danish yang kelihatan sugul berkata, pada hari kejadian, adiknya keluar bermain terlebih dahulu sementara dia tidur di rumah.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.