“Kami tak tau dia ditangkap. Bila pi hosp, 1 anggota pun tak nampak. Sepatutnya bila dalam tahanan, kena ada anggota tunggu”

Didakwa sebagai suspek yang terlibat dalam jenayah narkotik, seorang lelaki bernama Mohd Hafiz a.k.a Apit ditahan dengan cara tak sewajarnya pada Isnin lalu. Melalui rakaman pihak keluarga, penangkapan itu dilakukan di sebuah tempat isi minyak di Ayer Hangat, Langkawi oleh 7 orang anggota polis yang didapati menggunakan unsur kekerasan.

Serbuan dilakukan terhadap orang awam yang datang untuk mengisi minyak

Apa yang membuatkan pihak keluarga terkilan, Apit telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala lantaran pergelutan bersama anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi itu. Insiden terbabit turut menyebabkan Apit dimasukkan ke ICU dan koma selama 2 hari. Namun pada 1 Februari, Khamis lalu, dia telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Aku harap ada keadilan untuk hang Apit…Sejahat mana pun dia, dia tak abai mak dia

Pemergian itu cukup memberikan kesan mendalam kepada keluarga Allahyarham Apit. Apalagi selama ini, lelaki itulah yang mengambil tanggungjawab mencari pendapatan untuk menyara kehidupan ibu serta seorang adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Sepatutnya bila dalam tahanan, kena ada anggota tunggu…Tapi hampeh

Hingga kini, pihak keluarga masih menantikan penjelasan yang sebenar-benarnya daripada Ketua Polis Langkawi berhubung kejadian ini. Mulanya, mereka langsung tidak tahu mengenai penangkapan terbabit dan cuma diberitahu setelah Apit terlantar di pusat rawatan. Selepas bergegas ke sana, mereka hairan kerana tiada langsung kelibat anggota polis yang memantau Apit selaku tahanan.

KREDIT : FB Ririe ShaPutera Aizo & Azlina Ina

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.