Kantoi! Suami Isteri ‘Cover Line’ Bisnes Kedai Makan, Tapi Edar Pil Kuda RM5 Juta

Ingat dah cukup kreatif simpan dadah bawah timbunan najis lembu, rupa-rupanya taktik itu akhirnya makan diri apabila polis berjaya membongkar helah sebuah sindiket pengedaran dadah yang aktif di Kelantan sejak 2022.

Patut pun.. Geng-geng Ida ezrin rupanya..

@missyuyu02 #fypシ゚viral @EDA EZRIN EMPIRE ♬ bunyi asal – dikir Kelate Kito

Dalam serbuan besar-besaran di Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha, 27 Jun lalu, polis menahan enam suspek termasuk pasangan suami isteri kerana disyaki memiliki lebih 35.4 kilogram pil kuda bernilai RM5.04 juta.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, suspek utama yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun terlebih dahulu ditahan sebelum membawa kepada penangkapan lima suspek lain yang berusia antara 25 hingga 39 tahun.

“Dalam serbuan awal, kita temui 227 gram pil kuda dalam kereta dan rumah suspek utama. Hasil soal siasat, kita tahan seorang lagi suspek di Kampung Bukit Tuku, yang akhirnya membawa kepada lokasi simpanan dadah,” katanya dalam sidang media di IPD Pasir Mas, hari ini.

@hidupsederhana10 JSJ Bukit Aman bersama Polis Kelantan telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Tanah Merah yang berselindung di sebalik perniagaan restoran seafood, salon. Intipan selama setahun berjaya menahan 6 individu berusia dari 25 hingga 39 tahun termasuk wanita dipercayai penjaga akaun syarikat. Rampasan pil Yaba dengan berat lebih 35 kilogram bernilai lebih 5 juta. Pihak PDRM menyita 6 buah kereta mewah, barangan kemas, beg jenama mewah dan jam keseluruhan bernilai lebih 1.1 juta. Modus operandi mereka menyimpan pil Yaba dalam timbunan najis lembu dalam kandang lembu milik mereka. Ikuti laporan di Astro Awani #Astroawani #pilkuda#pdrm #malaysia #fyp #setkitomandilanje #taiklembu #kelantan #fypシ ♬ The Final Countdown – Europe

- IKLAN -

MAT Zani @ Mohd Salahuddin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Apa yang mengejutkan, dadah jenis pil kuda seberat 20 kilogram ditemui tersembunyi bawah timbunan najis lembu di sebuah kandang lembu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Mereka gunakan kandang lembu sebagai tempat simpan stok dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan dan luar Kelantan, termasuk ke Lembah Klang dan Johor Bahru,” jelas Mat Zani.

Dalam serbuan susulan, tiga lagi lelaki serta seorang wanita (isteri suspek utama) turut ditahan bagi membantu siasatan. Malah, pihak polis juga berjaya menyita harta bernilai RM1.1 juta termasuk kereta mewah, motosikal, barang kemas, dan beg berjenama dipercayai hasil keuntungan sindiket dadah tersebut.

Kesemua suspek didapati negatif ujian saringan air kencing, namun dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah.

Tambah Mat Zani, dadah yang dirampas boleh menampung 177,465 orang penagih dan sindiket ini dipercayai menyasarkan golongan muda termasuk pelajar, satu perkara yang sangat membimbangkan kerana mampu merosakkan masa depan generasi muda.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 28 Jun hingga esok bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis menegaskan akan terus memperketatkan kawalan serta menjalankan operasi demi membanteras gejala dadah terutamanya di Kelantan yang merupakan negeri sempadan.

Kepada semua, jangan sekali-kali terlibat dengan dadah. Sekali kantoi, merana seumur hidup!

Kredit  –  HMetro, BH