Kebenaran apanya? awak dah petik BANGSA. Balik La Kemboja, makcik.Kat Sana peluang terbuka luas untuk Kemboja yang RAJIN. Mohon kkm tidurkan 2 kemboja ni
Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terpalit sama dalam isu mengeluarkan kenyataan orang ‘Melayu malas’.
Mohon pada anak
Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata anaknya itu tidak seharusnya terjebak dalam isu tersebut disebabkan usianya yang masih muda.
Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan.
Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini.
Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu.
Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya.
Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemboja dilihat gagal menahan air mata sambil memeluk anaknya itu.
Menurutnya, dia tidak boleh tidur malam disebabkan mengenangkan nasib anaknya.
Saya tidak boleh tidur sebab fikir kenapa jadi ibu yang tarik anak sekali dalam masalah ini.
Dalam pada itu, anak Mak Cik Kemboja berkata dia tidak mahu ibunya bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya dalam waktu susah mahupun senang.
Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.
Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti.
Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa orang ‘Melayu malas’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.
Video
@mariyahholdingsmadam kena kuat, ibu kena kuat ❤️♬ Sad – Enchan
Mak Cik Kemboja Anggap Ujian Yang Menimpa Tanda Allah Sayang – ‘Ramai Doakan Saya’
Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja menganggap ujian yang menimpa dirinya sebagai takdir yang sudah ditulis Allah.
‘Tanda Allah sayang’
Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata, ujian yang diturunkan untuknya itu merupakan tanda Allah menyanyangi dirinya.
Katanya, dia percaya setiap kesusahan dan ujian yang dilalui akan berakhir dengan kebahagian.
Saya anggap apa yang berlaku dalam hidup ini semua sudah ditulis Allah. Allah dah tetapkan segalanya.
Semua yang berlaku pada saya merupakan qada dan qadar Allah, jadi saya didik diri saya, apa ujian yang Allah bagi itu maknanya saya mampu jalani.
Saya tidak pernah sesekali pertikaikan ujian yang Allah turunkan kepada saya.
Saya anggap apa yang berlaku sebelum ini kerana Allah sayang saya. Dalam setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.
Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemboja berkata dia terharu apabila ada segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
Ramai pelanggan saya yang hantar DM dan mesej mendoakan saya kuat serta sabar dengan ujian ini.
Sewaktu saya buat live dekat TikTok tadi pun rasa sebak dengan ucapan orang ramai, tapi pada saya buat apa menangis tentang dunia, saya patut menangis tentang akhirat.
Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemboja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.
Sumber: TikTok
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.