Kembali diterima berkerja Tapi ada syarat? Ini Penjelasan penuh Nabil Azad Radin

Kontroversi yang melibatkan tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin nampaknya masih belum menemui titik noktah.

Walaupun siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah selesai, Astro Radio mengambil langkah lebih berhati-hati dengan terus merehatkan mereka buat sementara waktu.

Lesen tidak digantung tapi pemantauan kan lebih ketat!

Menurut Ketua Strategi Astro Radio, Rizal Sahimy, keputusan ini dibuat bagi meredakan keadaan dan memastikan insiden yang sama tidak berulang.

Buat masa ini, mereka masih lagi direhatkan bagi meredakan tekanan memandangkan isu masih panas.- Katanya.

Walaupun Astro Radio terselamat daripada penggantungan lesen, mereka tetap dikenakan pemantauan ketat dan siasatan dalaman masih diteruskan.

SOP sudah ada, kita hanya ikut yang sedia ada. Penyampai pun sudah menyesali perbuatan dan mohon maaf secara terbuka, jadi kami tahu mereka tertekan.- Tambah Rizal.

Namun, pemantauan akan diperketatkan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

- IKLAN -

Astro kena kompaun RM250,000!

Akibat daripada insiden ini, Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd, yang mengendalikan Astro Radio, dikenakan kompaun RM250,000.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas satu video yang memperlihatkan tiga penyampai tersebut didakwa mempersendakan upacara agama lain tular di media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kemudiannya mengarahkan MCMC menjalankan siasatan pada 4 Mac lalu.

Kes ini jadi pengajaran besar buat semua yang terlibat dalam dunia penyiaran. Sensitiviti agama dan kaum bukan perkara yang boleh dibuat main. Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak untuk lebih berhati-hati selepas ini!

Trio Era FM tampil ucap terima kasih, ambil masa berehat & janji akan kembali

Trio Era FM, iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad tampil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak selepas kontroversi yang melanda mereka sejak beberapa minggu lepas hangat diperkatakan.

Menerusi video yang dikongsi media sosial Era FM, mereka bertiga telah menzahirkan penghargaan kepada beberapa pihak terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Astro, pihak media dan semua yang memberikan sokongan kepada mereka ketika sedang dilanda kontroversi.

Trio Era FM ucap terima kasih kerana beri sokongan

Menerusi kapsyen yang disertakan, mereka bertiga memaklumkan cukup menghargai setiap sokongan, teguran dan juga keprihatian semua ketika melalui detik-detik yang agak sukar itu.

“Nabil, Azad & Radin nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan, teguran & keprihatinan korang semua sepanjang waktu sukar ini,” tulisnya.

Trio Era FM akan berehat buat masa ini

Akui sangat rindu untuk ke udara setiap pagi, mereka bertiga menyatakan masih lagi berehat buat masa ini bagi memberi laluan kepada siasatan dan juga mengumpul semangat untuk kembali menghiburkan para peminat.

“Kita nak ambil masa berehat seketika dan insyaAllah kita akan kembali memeriahkan hari-hari anda,” ujar mereka.

Ramai beri kata-kata semangat

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai apabila rata-rata mengucapkan selamat kembali kepada tiga penyampai radio berkenaan.

Mereka juga menitipkan kata-kata semangat agar terus bangkit dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran di masa hadapan supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata serta perbuatan.

Harap apa yang berlaku jadi pengajaran

Anggaplah yang terjadi sebagai hikmah di bulan Ramadan