“Kenapa perlu nak sekat Rezeki Kami..?” Baru sj Mufti Suruh Tunda Konsert sbb dkt Ramadhan.. Tak sangka ini pula Jawap Awie..

Tanggungjawab menyara keluarga dan terikat dengan pelbagai komitmen lain menyukarkan golongan artis untuk menghentikan aktiviti seni termasuk penganjuran konsert.

Meskipun menyedari ada pihak berbeza pendapat, namun vokalis Wings, Datuk Awie berharap, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana mereka hanya mahu mencari rezeki dengan menggunakan bakat dikurniakan Tuhan.

“Kami juga berkeluarga. Ada anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di universiti.

“Malah, ada juga antara kami yang isterinya sedang hamil. Ini adalah tanggungjawab dan perjuangan saya serta rakan lain.

“Seni adalah perjuangan kami untuk keluarga. Secara kebetulan, kami dilahirkan dengan bakat seni.

“Ada kemampuan untuk menyanyi, berlakon, buat lagu dan sebagainya. Jadi, kami kena teruskan.

“Kerjaya ini juga Allah yang tentukan, bukannya kami,” katanya kepada BH Online.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 56, mengulas laporan media berhubung gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza agar menunda Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Gesaan itu sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan Al-Mubarak yang dijangka disambut pada 12 Mac depan.

Bagaimanapun, Siti menerusi kenyataan dikeluarkan akan meneruskan konsert itu atas alasan berkonsepkan kebajikan, selain tiada tarikh ganti yang sesuai.

 

Awie berpendapat, bergelumang dalam dunia seni tak bermakna lalai dalam soal agama. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

 

Tambah Awie, bergelumang dalam dunia seni tidak bermakna membuatkan mereka lalai dalam soal agama.

“Kenapa kena hentikan kerja anak seni, sedangkan kami berdoa setiap hari.

“Atas pentas pun kami boleh berdoa. Sebelum mulakan persembahan, kami buat solat hajat dan beri sedekah kepada Palestin.

“Cuma, perkara itu tak perlu diceritakan sebab nanti dituduh riak.

“Setiap kali persembahan kami akan buat perkara sama dan akan diteruskan dalam persembahan akan datang.

“Kami pun takut kepada dosa, semua pun takut pada dosa. Tapi inilah pekerjaan kami.

“Untuk mereka yang suruh kami hentikan aktiviti seni, itu salah. Kenapa perlu nak sekat rezeki kami?,” tegas penyanyi Di Penjara Janji ini.

Terdahulu, Awie ditemui pada majlis sidang media Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter di sebuah pusat hiburan, di sini, semalam.

Untuk edisi ketiga konsert, Awie bersama Eddie (bes), Black (dram), Sham (gitar) dan Edrie (gitar) akan menggegarkan SPICE Arena Penang pada 24 Februari ini, jam 9 malam.

Menariknya, selain tiket harga Rahmah diperkenalkan, seramai 700 pembeli tiket berharga antara RM95 hingga lebih RM300 berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk barangan peribadi anggota Wings menerusi peraduan Tonton, Gores & Menang yang diperkenalkan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*