“Dia sempat msuk Islam..”- Baru je mniggal dunia, rmai terkejut arwah dah lama lakukan bnda ni..
PETALING JAYA: Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.
Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.
Mungkin ramai tidak tahu, Raymond Goh memeluk Islam pada 2003. Al-Fatihah buat Allahyarham
Untuk rekod, Raymond mendirikan rumah tangga dengan Faridah pada 2003 dan memeluk Islam pada tahun sama.
Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sedih atas pemergian suami tercinta, isteri kepada Raymond iaitu Faridah Teh tidak dapat mengungkap sebarang kata ketika ditemui media ketika ditanya tentang Allahyarham.
Bagaimanapun Faridah sempat menzahirkan penghargaan buat keluarga dan rakan-rakan yang meluangkan masa hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.
“Saya hargai kehadiran anda semua. Maaf saya tidak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, penerbit program Nightlive TV3 iaitu Amelia Nadia Azharul Nahar menyifatkan Raymond sebagai seorang rakan sekerja yang ceria sepanjang bergelar penyampai berita di stesen berkenaan.
Malah kata Amelia, Raymond seorang yang tidak kedekut ilmu selain mempunyai personaliti yang ceria dan gemar mengambil gambar ketika berada dalam studio.