Tkut di usir Pulang, Wanita buat kec0h akhrnya dedah cerita sebenar sblm kejadian di rakam

Seorang wanita Palestin yang dikenali sebagai Aminah Muhammad memohon maaf kerana membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.

Menurut Aminah, perbuatan itu berlaku di luar kawalan dirinya disebabkan berasa tertekan memikirkan anaknya di Gaza kerana sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi.

Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu.

Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya.

@tahreerghDengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu 🥹🇲🇾🇵🇸 TahreerGh Gh

♬ original sound – TahreerGh

Untuk pengetahuan korang, wanita itu antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saudara Islam kita ini. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.