“Umur Sudah 50tahun.. Org pelik sy belum berkahwin.. Saya sebenarnya..” Azhan dedah ini sebenarnya berlaku..

Pelakon Azhan Rani mengakui dirinya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.

Azhan, 47, berkata dia kini lebih suka memberi tumpuan kepada kerjaya seninya serta dalam masa yang sama sedang menjaga ibunya yang uzur.

“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.


“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.

“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya kepada Gempak.

Azhan berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Tebus baru-baru ini.
Menurut Azhan lagi dia sudah mula selesa dengan kehidupannya kini dan tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling.
“Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya.

“Saya juga meraikan sahaja pertanyaan mereka tentang soal kahwin kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya,” ujarnya.

Selain Azhan, Tebus yang sudah mula ditayangkan di platform penstriman digital Prime bermula 31 Ogos lalu turut dibintangi oleh Ahirine Ahiruddin, Aedy Ashraf, Idan Aedan, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.