Alhamdulillah, murah rezeki Datuk Rosyam Nor. Semoga urusan Mak Jah jadi lebih mudah selepas ini dan diberikan kesihatan yang baik.

MASALAH kesihatan dialami dramatis Mak Jah membuka hati Datuk Rosyam Nor menghulurkan bantuan berupa sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pelakon itu bergerak.

Terharu dengan hadiah tersebut, Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, berkata, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masalah kesihatan dihadapinya yang dilaporkan mStar pada September lalu.

Kata Mak Jah, dia sebenarnya hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor itu namun tidak menyangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik tersebut ke rumahnya.

“Rosyam tahu saya saya menerusi kisah saya yang dipaparkan dalam mStar dan dia terus telefon dan minta saya ke pejabatnya.

Mak Jah mencuba kerusi roda elektrik yang dihadiahkan Rosyam kepadanya.

“Dia tanya sama ada saya perlukan apa-apa bantuan dan saya bergurau tentang kerusi roda elektrik, tak sangka pula selepas itu dia beritahu nak hantar alat itu ke rumah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Mak Jah meluahkan rasa terharu apabila kisahnya mendapat perhatian rakan artis yang menghulurkan bantuan tatkala dia diuji dengan masalah kesihatan.

Dedah Mak Jah, Rosyam tidak hanya menghadiahkan kerusi roda elektrik tetapi turut menghantar produk minuman kesihatan berserta wang perbelanjaan RM500 setiap bulan.

“Rosyam ada beri saya produk minuman kesihatan dan minta saya amalkan untuk kesihatan lebih baik.

“Tak hanya itu, Rosyam turut bagi wang saku RM500 setiap bulan untuk perbelanjaan ubat-ubatan saya.

“Saya memang tak sangka ramai rakan artis yang membantu dan menghargai saya sebagai pelakon veteran,” ujarnya.

Kisah Mak Jah yang dipaparkan menerusi program CSR mStar Baek mendapat perhatian ramai.

Mengimbau keakraban mereka, Mak Jah memberitahu dia sudah mengenali Rosyam sebelum aktor itu masih bujang lagi.

Walaupun rapat sehingga kini namun Mak Jah berasa segan untuk meminta apa-apa bantuan daripada Rosyam.

“Sebelum ini saya memang rapat dengan Rosyam sebab saya sudah mengenalinya sejak dia bujang lagi.

Mak Jah (kanan) dan Zaiton Sameon (kiri) antara penerima sumbangan mStar Baek.

“Sebelum dia jadi pelakon dan hanya bekerja dibelakang tabir kami sudah mula rapat dan melalui hidup susah senang bersama.

“Selama ini kami memang saling kenal tetapi tidaklah kerap berhubung. Saya pun segan kalau nak minta apa-apa bantuan daripadanya,” jelasnya.

Sebelum ini menerusi program mStar Baek, mStar bersama penaja Noir Health & Beauty mengadakan kunjungan ke kediaman Mak Jah bagi menghulurkan sumbangan dan bertanya khabar terkini.

Kata Mak Jah, dia terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran namun tahap kesihatan kurang baik menyukarkan dirinya kembali berlakon.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.