Kerjaya Bakal Hancur Lepas Cerai? Aliff Aziz Yakin Dengan Rezeki… Mahu Muhasabah Diri – “Saya Dalam Fasa Pulihkan Mental”

Aktor sensasi, Aliff Aziz mahu muhasabah diri dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik selepas berdepan episod perpisahan bersama bekas isteri, Bella Astillah.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu, dia memilih untuk berehat seketika bagi memulihkan kesihatan mentalnya.

“Alhamdulillah sekarang ini saya masih dalam proses berehat sebentar, dalam fasa untuk pulihkan mental dan sebagainya.

“Setakat ini saya rasa ia sebuah hectic day untuk semua, jadi doakan yang baik-baik untuk saya, keluarga dan semua.

“Raya haji nanti juga saya akan pulang bersama keluarga,” ujarnya kepada pemberita.

Ditanya media bila kali terakhir berjumpa dengan anak-anaknya, Aliff diam membisu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut berpegang teguh dengan rezeki Tuhan biarpun ada yang beranggapan kerjayanya bakal hancur selepas ini.

“Untuk saya, ini adalah satu benda yang saya yakin dalam diri, rezeki saya dan rezeki kita semua Insya-Allah di tangan Allah.

“Dimana rezeki itu ada Insya-Allah ia ada, dan saya yakin pada perkara itu dan banyak muhasabah diri.

“Semoga yang baik-baik. Dengan apa yang jadi ini menjadikan saya dan semua pihak lebih baik,” ujarnya lagi.

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.