Isteri selamat melahirkn Anak ke3, Fizo Omar dedah ini jantina Anak
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsikan isterinya Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, petang tadi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo bersyukur proses kelahiran bayi perempuan secara normal itu berjalan lancar.
“Syukur alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.57 petang tad di @andorrahospitalofficial.
“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal,” tulisnya.
Sementara itu, Fizo menyifatkan ia adalah pengalaman berharga apabila berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayinya.
“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata.
“Terima kasih buat doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” kongsinya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.