Khairul Aming Dinobat Tokoh Maulidur Rasul 2025, Dedikasi Anugerah Buat Peniaga Kecil

SERDANG – Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya 2025.

Anugerah berprestij itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M yang berlangsung semalam (Jumaat).

@ohmalaysiamedia Replying to @muhammad.aizat918Tergempar guyss! Akhirnya Khairul Aming buka mulut, luah perasaan sebenar #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #khairulaming #maulidnabi ♬ Very Sad – Enchan

Khairul Aming

Khairul Aming (tiga dari kanan) bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2025/1447H MAEPS, Serdang pada Jumaat. Foto: Bernama

- IKLAN -

Mengakui amat terkejut dengan pengiktirafan tersebut, Khairul Aming berkata beliau tidak pernah menjangkakan akan tersenarai bersama tokoh-tokoh hebat lain pada sambutan kali ini.

Dengan penuh rasa rendah diri, beliau mendedikasikan anugerah tersebut khas buat semua usahawan, terutamanya para peniaga kecil yang berjuang mencari rezeki yang halal.

Khairul Aming

- IKLAN -

“Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua usahawan di luar sana, terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang baru belajar berniaga, berniaga di tengah-tengah panas, di tengah-tengah hujan. Itu semua sebahagian daripada usaha mereka mencari rezeki yang halal. Jadi anugerah ini saya tujukan pada mereka,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, usahawan berusia 33 tahun itu turut menjadikan pengiktirafan ini sebagai satu peringatan penting untuk dirinya dan semua peniaga tentang kepentingan menjaga keberkatan dalam perniagaan.

Khairul Aming

“Ini menjadi peringatan kepada saya dan mereka semua, bila kita berniaga jagalah keberkatan perniagaan kita dan pastikan rezeki yang kita cari itu halal. Jaga hubungan sesama sendiri, Insya-Allah,” ujarnya.

Majlis yang sama turut menyaksikan pelakon terkenal, Ardini Angeline Tan (Angeline Tan), menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf) 2025. Beliau menyifatkan pengiktirafan itu sebagai simbol kekuatan dalam perjalanan hidupnya selepas memeluk Islam dan menjadi semangat untuknya terus menyampaikan mesej Islam yang sebenar.

Sumber – OhBulan, Sinar Harian