“Sempat Siapkan Sebelum Pergi…” – Video Tugasan Terakhir Arwah Nur Dalila Buat Ramai Sebak

Video assignment terakhir yang disiapkan oleh arwah Nur Dalila Farhana (UPSI) buat ramai yang sebak. Sempat Dalila siapkan sebelum pemergiannya. Menangis rakan kumpulan ketika buat perbentangan. Rakan sekelas juga tidak dapat menahan air mata, sedihnya..

Di sebalik duka tragedi nahas bas pelajar UPSI yang mengorbankan 15 nyawa, tersingkap satu kisah yang mengundang air mata ramai. Salah seorang mangsa, arwah Nur Dalila Farhana, rupa-rupanya sempat menyiapkan tugasan video terakhirnya sebelum dijemput Ilahi.

Video yang kini tersebar di media sosial itu dipercayai adalah video tugasan berkumpulan yang perlu dibentangkan di hadapan kelas. Namun siapa sangka, tugasan itulah menjadi kenangan terakhir Dalila buat pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan.

Ketika sesi perbentangan berlangsung, rakan kumpulan arwah dilihat menahan sebak dan gagal menahan tangisan semasa memainkan video yang dirakam bersama Dalila. Suasana di dalam kelas turut bertukar hiba apabila rakan sekelas dan pensyarah turut menangis, tidak mampu menyembunyikan rasa kehilangan terhadap seorang insan yang cukup disenangi ramai.

“Dia sempat siapkan video tu… suara dia masih ada, senyuman dia masih segar dalam ingatan kami. Tapi orangnya dah tak ada,” luah seorang rakan kumpulan dalam nada pilu.

Difahamkan, arwah Dalila merupakan seorang pelajar yang rajin, berdedikasi dan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam setiap tugasan. Walaupun sibuk dan dalam tempoh yang singkat, beliau tetap berusaha menyiapkan tugasan tepat pada waktunya — seolah-olah tahu ia adalah tugas terakhirnya di dunia ini.

- IKLAN -

Seumpama mimpi, kehilangan rakan-rakan seperjuangan akibat nahas bas di Gerik baru-baru ini meninggalkan kesan di hati para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI. Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh mangsa nahas tersebut dan ianya dikongsikan di medsos oleh rakan-rakan mangsa.

Salah seorang yang mencuri perhatian adalah arwah Nur Dalila Farhana. Pemergian Dalila ditangisi oleh rakan-rakannya kerana Dalila seorang kawan yang baik dan berbudi bahasa. Banyak video kenangan bersama Dalila dikongsikan untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Intnminn, telah dikongsikan video yang memaparkan rakan sekumpulan Dalila membentangkan hasil kerja berkumpulan mereka. Ini adalah assignment terakhir yang sempat disiapkan oleh Dalila dan menjadi kenangan termahal untuk mereka semua.

Kata sekumpulan Dalila ini, sehari sebelum hari raya Dalila sudah menyiapkan semua tugasannya. Seumpama sudah tahu ajalnya akan tiba, Dalila turut menyunting video assignment mereka itu sehabis baik. Seisi kelas menangis melihat hasil kerja akhir Dalila itu.

Jom tonton video di bawah :

@intnminn thankyou untuk segalanyaa dalila sebab edit video assignment kita semua 😭🥀 sempat dia hantar video tu sehari sebelum raya ❤️#upsiberduka #nahasbasupsi #nurdalilafarhana #alfatihahbuatmu ♬ Bintang Syurga – UNIC


Video presentation yang telah pun lengkap dan menggunakan suara Dalila sebagai suara latar :

 

@intnminn Replying to @firdaus00_ ♬ original sound – bunga melati

Netizen yang menonton video berkenaan turut tidak dapat menahan emosi:

“Sebaknya… Allahu. Sungguh, video tu akan jadi kenangan paling bermakna buat semua yang kenal dia.”

“Satu kehilangan yang besar… Arwah Dalila tinggalkan sesuatu yang akan kami ingat sampai bila-bila.”

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 110 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh mereka :

” Arwah dikurniakan kawan kawan yang baik—satu hadiah terakhir awak bagi dekat arwah Dalila… nama secantik rupa paras, harum seperti bunga yang mekar.. semoga awak kuat sebab arwah mesti nak awak kuat walau dia tak lagi disini.. “

” Ya Allah sempat lagi siapkan task sebelum pergi.. dia tau amanah dia Allahu.. Temptkan dia dikalangan orang ii yg beriman , luaskan kuburnya ya Allah.. “

” Ya Allah.. memang sedih sangat-sangat, sempat dia siap kan.. Assignment paling berharga.. Salam takziah awak.. “

” Arwah mmang dh rasa kan dia akn pergi buat selamanya.. Sbbtu dia siapkan smua ni utk kawan2nya , betul2 kawan yg baik kpd kawan2 yg lain. Al-Fatihah dik smoga Syurga tanpa hisab buatmu Ameen.. “

” Memang arwah dah tahu.. jadi dia siapkan video hasil kerja dia.. buat vo pun suara dia.. kawan2 rindu boleh dengar suara dia dari sini.. Semoga tabah buat kawan2 arwah Dalila.. Kuat semangat habiskan pengajian dan menjadi seorang guru satu hari nanti aminn.. “

” YaAllah dia permudahkan semua urusan kawan kawan dia sebab dia tau dia nak pergi. nama secantik arwah , setiap kali lalu fyp psl upsi takbole stop nangis ‘ kuntum bunga yang tidak sempat mekar namun harum nya tetap mewangi ‘ Allahh.. “

” Kalau saya ni baru bukak mulut je menangis, nak cakap sepatah je menangis.. kuat jugak kawan kat depan ni menahan sebak sambil becakap.. tesedu sedu dia sedihnya.. Allah ampunilah dalila & rakan2 seperjuangan yg telah pulang kepadaMu syurgalah tempat mereka.. “

” Ya Allah baguskan pergi tanpa tinggal hutang assignments, siap lengkap dah edit videonya, semoga tennag arwah di sana.. “

Sebak melihat kesedihan rakan-rakan Dalila itu. Tuannya telah pergi tetapi ditinggalkan kenangan yang akan menjadi pengubat rindu. Semoga segala kebaikan yang Dalila curahkan semasa hayatnya mendapat pahala berganda. InshaAllah..

Sumber : Tiktok Intnminn, Tiktok farisafrhna