Tak mahu bakal menantu terbeban, pakcik minta pihak lelaki tentukan hantaran

Tak mahu bakal menantu terbeban, pakcik minta pihak lelaki tentukan hantaran

Tidak mahu membebankan bakal menantu, seorang pakcik menyerahkan soal wang hantaran untuk ditetapkan oleh pihak keluarga lelaki sebelum menikahi anak perempuannya.

Menurut Fakhrudin Ahmad, dia ingin membuang persepsi negatif berhubung jumlah wang hantaran yang dikatakan boleh menyukarkan pernikahan sebaliknya lebih mementingkan tentang mas kahwin.

‘Sempoi’ minta pihak lelaki tentukan hantaran

“Soal hantaran ni saya serah kepada pihak lelaki, saya tak mahu membebankan. Yang penting adalah mas kahwin, itu yang wajib dalam Islam.
“Hantaran saya serahkan kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan. Prinsip saya macam tu, saya tak tetapkan.
“Saya nak beri contoh supaya hantaran ini tidak menjadi beban dalam soal perkahwinan,” katanya yang juga seorang usahawan pelaburan emas.
Fakhrudin berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan sesi kedua-dua belah keluarga sedang berbincang dipercayai ketika majlis merisik anak sulungnya, Amalina pada 1 Julai lalu.

Menerusi video tersebut, pada mulanya Fakhrudin dilihat berseloroh dengan menetapkan RM29,000 sebagai jumlah wang hantaran apatah lagi anak mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan.

“Amalina dia lulusan perakaunan, jadi kita tetapkan RM29,000 boleh? Tak, melawak-melawak saja. Tapi mas kahwin tu betul, dua dinar.. emas 999. Hantaran tu melawak saja, saya minta maaf,” ujarnya.
Video berdurasi lebih seminit itu meraih 3.7 juta tontonan dan menerima 291,000 tanda suka selain 6,234 komen netizen yang rata-rata menyifatkan pakcik berkenaan sebagai bapa mentua idaman.

Malah, terdapat juga segelintir individu berkongsi cerita masing-masing sewaktu mereka mendirikan rumah tangga yang lebih memandang kepada kehidupan selepas berkahwin.

Bapa mentua idaman ni

Sumber: TikTok & Facebook Fakhrudin Ahmad

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*