‘Lps jmpa dan bincang..’. Untung ali, hidayah minta banyak ni je

Balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali membuat keputusan mengetepikan kadar faedah empat peratus yang dikenakan ke atas adik iparnya Ali Puteh, dalam perkembangan terbaharu isu penyelesaian hutang tuntutan saman yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

[IKLAN] Tahukah anda betapa bahayanya GLUTEN? Guna tepung ni untuk elakkan kandungan GLUTEN (KLIK SINI)

Pengecualian kadar faedah itu diumumkan peguam dilantik, iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad melalui video dimuat naik Siti Norhidayah atau Hidayah di Instagram (IG), semalam.

Ibrahim memberitahu, dia mendapat arahan anak guam untuk mengetepikan kadar faedah dan Ali hanya perlu membayar tuntutan saman bernilai RM 75,486 kepada kakak iparnya serta diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian.

“Selepas berjumpa dan berbincang dengan Hidayah, beliau bersetuju menerima wang dibawa Ali sebanyak itu sebagai penyelesaian penuh dan muktamad, asalkan dibuat secepat mungkin dalam tempoh seminggu.

“Ali boleh membuat pembayaran di firma guaman saya atau meminta nombor akaun bank Hidayah dan masukkan dalam akaun itu sahaja,” katanya.

Melalui video itu, Ibrahim turut menjelaskan bayaran faedah adalah biasa dalam mana-mana penghakiman mahkamah.

VIDEO: KLIK SINI

@bharianmyHidayah membuat keputusan mengetepikan kadar faedah empat peratus yang dikenakan ke atas adik iparnya Ali Puteh, dalam perkembangan terbaharu isu penyelesaian hutang tuntutan saman yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.♬ original sound – Berita Harian

Ibrahim berkata, pihak yang mendapat pampasan berhak menuntut antara empat hingga lima peratus faedah bagi menggalakkan orang yang berhutang membayar secepat mungkin amaun yang perlu dijelaskan.

“Apabila Ali datang secara mengejut, saya tidak mendapat arahan lanjut daripada Hidayah sama ada untuk mengetepikan kadar faedah empat peratus itu untuk tempoh setahun lampau.

“Tetapi saya percaya, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara mudah sebab kedua-dua pihak ada keinginan ke arah itu,” katanya yang dilihat ditemani Hidayah dalam rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, Hidayah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam rakaman video itu.

Rabu lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilapor datang ke kediaman Hidayah bagi melangsaikan hutang tuntutan samannya.

Bagaimanapun, urusan itu tidak berjaya apabila pihak Hidayah enggan menerima wang tunai, sebaliknya, meminta Ali berurusan dengan peguam atas faktor keselamatan.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan kepada wanita itu dalam IG, dua tahun lalu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*