“Saya minta maaf tak boleh beri kereta itu” – Penganjur ABPBH

BERTUAH BELL NGASRI BAKAL DIHADIAHKAN SEBUAH KERETA OLEH PEMINAT

“Allahuakbar,” itulah kata pelakon dan pelawak, Bell Ngasri yang terkejut seketika sebaik mendengar khabar gembira, dimana dia bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan 37 tahun menghiburkan rakyat Malaysia.

Ujar Bell, dia hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

Kejutan itu dibuat pagi semalam ketika bersiaran di radio Hot FM oleh seorang individu dikenali sebagai Encik Fendi selaku pemilik syarikat menjual kenderaan yang berhasrat memberikan kereta sempena kemenangan Bell sebagai Bintang Paling Popular.

“Apabila KJ dah sebut, lagi membuak-buak rasa hati ini nak kongsi berita gembira ni dengan Bell. Dengan ini saya mewakili syarikat berbesar hati ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” tuturnya.

Sebelum ini, KJ berseloroh mengatakan pelawak itu kononnya ‘marah’ kerana tidak menerima hadiah kereta daripada pihak penganjur ABPBH 35 sehingga campak trofi tersebut.

Jumaat lalu, Bell mencipta kejutan apabila bukan saja memenangi Artis Komedi Popular tetapi dinobat Bintang Paling Popular menewaskan pesaing hebat lain.

Ini namanya tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru saja dinobat Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell bakal dihadiahkan kereta oleh peminatnya. Cayalah Bell…!

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.