Malaysia sambut 1 Syawal, Aidilfitri esok

Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri pada esok, 10 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*