Murid tersedu-sedu dikepung empat orang guru, ditengking ditengah kantin

Baru-baru ini, Mustika iaitu adik kepada Sajat Kamaruz Zaman telah memuat naik rakaman menyaksikan anaknya, Lisa dimarahi sekumpulan guru saat berada di kantin sekolah. Rakaman yang sudah meraih lebih 100,000 jumlah tontonan itu cukup mengundang kemarahan ramai mengenai cara tidak beretika para guru mengendalikan masalah dengan murid mereka.

4-5 guru kepung dia, panggil 1 kelas suruh cakap Lisa tipu…Di kantin ada pelajar lain

Pada 4 Mac lalu, Lisa tiba-tiba menangis teruk setelah pulang daripada sesi persekolahan. Dia kemudiannya bercerita bagaimana dirinya dikepung oleh 5 orang guru, sebelum dimarah dengan cukup teruk di khalayak ramai. Berdasarkan kandungan video tersebut, seorang guru mula berpesan kepada Lisa agar bercakap sendiri dengan ibunya jika dia enggan hadir ke sekolah, bukannya menuduh cikgu lain.

Dia dituduh penipu, Lisa diherdik, apalah daya dia

Cubaannya untuk melakukan perjumpaan dengan guru-guru berkenaan juga tidak dilayan sama sekali. Hatinya selaku seorang ibu semakin meradang apabila guru berkenaan menghantar video bagaimana mereka memarahi Lisa secara beramai-ramai. Hal sebegitu jelas-jelas cukup mengundang rasa takut kepada kanak-kanak sekecil itu.

- IKLAN -

Cikgu padam mesej saya, sepi tak ada penjelasan

Kejadian ini membuatkan Lisa merasa sangat malu dan takut untuk ke sekolah, selain turut membenci subjek kegemarannya. Sehingga saat ini, pihak guru mahupun sekolah masih tidak memberikan penjelasan kepada Mustika berhubung kejadian ini.

VIDEO PENUH :

KREDIT : IG Mustika