“Nak datang roger dulu.. jgn main terjah, nak tunjuk diri bagus..” Adik Hidayah
Tonton video ini.
Semalam Ali Puteh datang ke kediaman balu Abam, Hidayah, untuk membayar saman.
Namun kedatangannya ke rumah Hidayah itu dikatakan dibuat tanpa pengetahuan pihak Dayah sendiri.
Kehadiran Ali secara tiba-tiba itu menimbulkan rasa kurang senang ahli keluarga Dayah.
Menerusi satu posting di Instagram, adik kepada Dayah ada meluahkan rasa kurang senangnya itu.
Kata adik Dayah bernama Zainuddin itu, sepatutnya Ali memberitahu terlebih dulu sebelum daJelas
“Datang tu kena roger dulu, janganlah main terjah je, dan nak tunjuk diri tu bagus.”
“Jika dah roger, baru kami boleh layan macam VVIP. Kami boleh sediakan kopi dan lepak macam kat pantai.”
“Ni tak, datang dengan bodyguard bagai, lepas tu acah-acah kami tak layan.”
“Macam mana nak layan, bro datang main langgar je.”
Jelasnya lagi, buat masa sekarang mereka tak ambil duit berkenaan kerana lebih baik berurusan dengan pihak peguam.
“Apa pun duit belum bayar lagi. Lepas ini pergi jumpa peguam. Kita ada undang-undang, bukannya boleh nak ambil duit tu sesuka hati.”
Dalam pada itu, Ali Puteh turut memberi respon setelah mengetahui adik Dayah itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Jelas Ali, semalam mereka dah datang tapi pihak Hidayah tak mahu ambil.
“Pulak dah, adik Hidayah naik story tak berpuas hati. Sebut saman belum bayar pula. Semalam datang nak bayar tak mahu pulak. Alahai.”
Ini kenyataan dari Ali Puteh dan juga kenyataan dari adik Hidayah.
Ini pula video yang mana keluarga Hidayah menolak menerima pembayaran Ali atas sebab tertentu.
Apapun, kisah mereka berdua ini dah pun hampir berakhir.
Selepas pembayaran dibuat melalui peguam ataupun bank in, maka akan selesailah hal ini.
Semoga segala urusan Ali Puteh dan juga Hidayah akan dipermudahkan selepas ini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.