Nampak lain sgt muka Putera Wakeel time kecik, suara pun comel sgt. Dah besar terus jd hensem, ikut muka ibu…

Mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi… Jika sekarang dirinya menjadi pujaan ramai gadis di luar sana yang berharap seperti dalam cerita dongeng agar dapat memikat dan menjadi suri hatinya, rupanya wajah rupawan jejaka ini sudah berjaya ‘mencairkan hati’ ramai sejak dirinya masih ‘hijau’ lagi. Lihat saj4lah perkongsian foto tentang anak Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah bernama Putera Wakeel ini. Mesti ramai terpersona dengan ketampanannya.

Ramai yang perasan, wajah Putera Wakeel salin tak tumpah seperti ibu kandungnya, Azrinaz Mazhar Hakim. Ya lah.. dah ibu melahirkannya kan…

Sudahlah petah dan bijak berkata-kata macam ibunya yang juga bekas pemberita siaran televisyen, senyumannya pun alahai.. ‘sebijik’.

Nak pulak sudut kamera diambil dari tepi. Dah macam Azrinaz versi lelaki ketika masih kecil. Betul-betullah ini anak ibu…

“Masa kecik berisi muka sebijik mak dia prt senyum . Happy sokmo muka. Mai besaq kvrus nmpk lain skit. Serius naa ahaha.. semart”.

@user9112385474794 #princemateen #princewakeel #princemateenwedding #princemateenofbrunei #เจ้าชายบรูไน #เจ้าชายมาทีน ♬ original sound – Awangbsb90

“Sebiji muka Bondanya tapiiiii bila Prince Wakeel meningkat dewasa kelihatan kvrus cikit & lagi handsome tinggi & kvrus ikut Ayahandanya”.

“Masa kcil muka mak dia..bila dh besar ni mix face parents dia”, “Kecik2 rajin senyum comel n notty boii,dah besar masyaAllah..betul2 ekslusif juga muka dia”.

Itu antara coretan netizen di ruangan komen tatkala bereaksi hantaran dikongsikan di TikTok ini. Ya memang tak boleh lagi dinafikan.

Nampaknya semenjak kekandanya, Putera Mateen mendirikan rumah tangga bersama Dayang Anisha Rosnah, dirinya pula menjadi perhatian.

Jika diikutkan Putera Wakeel baharu berusia 18 tahun. Banyak lagi yang perlu ditempuhnya. Apa pun pasti ramai menanti gadis mana pula berjaya menambat hati pemuda ini.

Sumber: TikTok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*