Nayaaa! Pasukan Badminton Rugi Besar, Beg Berisi Wang RM260k Kena Curi Di Paris

Nayaaa! Pasukan Badminton Rugi Besar, Beg Berisi Wang RM260k Kena Curi Di Paris

Pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji berdepan detik sukar apabila beg berisi wang tunai berjumlah Rp950 juta (RM260,000) dicuri ketika berada di Kota Paris untuk Olimpik Paris 2024.

Lapor CNN Indonesia, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan sewaktu beliau berada dalam kenderaan yang disewa.

Tiba-tiba muncul seorang individu memberitahu rakan di sebelahnya iaitu Shendy Puspita Irawati bahawa tayar kenderaan itu pancit.

Pencuri mengempiskan tayar dan memberitahu bahawa tayar kenderaan kempis kepada Shendy yang sedang bersama Armand untuk membeli keperluan pasukan. Shendy memberitahu Armand yang langsung turun untuk memeriksa tayar.

Armand segera turun untuk memeriksa kenderaan dan rakannya Shendy pula ketika itu ke kedai untuk membeli barang keperluan pasukan.

Armand kemudian menghubungi syarikat kenderaan yang disewa untuk menyelesaikan isu itu. Namun, timbul sedikit masalah komunikasi menyebabkan Armand meminta tolong polis yang berada tidak jauh dari situ untuk bercakap.

Selepas berbincang, Armand kembali ke van dan mendapati beg sudah hilang. Di dalam beg terdapat wang lebih Rp950 juta, kad kredit dan pasport.

Jelas pengurus ini, wang tunai sebanyak itu adalah untuk keperluan pasukannya selama berada di Paris.

Kes ini sudah dirujuk kepada pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia dan laporan polis sudah dibuat.

Sehingga kini, kes masih disiasat dan pihak polis akan berusaha sebaik mungkin untuk menangkap pelaku.

Kredit-OM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.