“Terubat rindu” Syada dah berbaik dengan Shila Amzah

Syada Amzah akhirnya mengesahkan bahawa hubungan dengan dua adik beradiknya iaitu Shila Amzah dan juga Amir Syahir kini dah pun pulih.

Jelas penyanyi berumur 26 tahun ini, dia dan Shila serta Syahir dah pun bertemu.

Kesemua mereka dah pun berbaik semula dan menjernihkan kembali hubungan mereka setelah ada pertelegahan yang terjadi sebelum ini.

Ini komen dari Syada tentang hubungan dengan Shila dan juga Syahir seperti yang dilaporkan Mstar.

“Dalam hubungan antara adik beradik, dah tentu ada perasaan rindu dan kini dah pun lepaskan rindu tu.”

“Sebabnya saya sudah jumpa Syahir dan juga adik-beradik lain.”   

“Shila pun sudah jumpa. Mestilah saya sudah jumpa kakak, kami adik-beradik.” 

Syada menambah, dia harap orang ramai akan mendoakan agar hubungan keluargnya sentaisa dalam keadaan baik saja.

“Minta semua doakan yang baik-baik dan harapnya tiada pihak lain yang melagakan. Lagi pun kami adik-beradik sudah kenal satu sama lain.” 

Dalam pada itu, Amir Syahir yang turut berada sebelah Syada ketika temubual berkata, masa yang memulihkan segalanya.

“Sebenarnya, masa yang pulihkan semuanya. Kitorang semua pun dah banyak bersabar. Dan kami pun dah terima hakikat, beginilah kehidupan.” 

“Untuk sekarang ni, kami semua dalam keadaan baik saja.” 

Jelas Syada dan juga Syahir, kali terakhir kesemua adik beradik kumpul dengan complete ialah ketika pernikahan Shila Amzah dengan Ubai.

“Masa nikah, sanding tu lah yang betul-betul complete, semua ada.” 

Nampaknya, hubungan antara adik beradik Shila Amzah kini dah pun pulih.

Benarlah kata pepatah yang air yang dicincang tak akan putus juga.

Semoga hubungan antara Shila Amzah, Syada Amzah serta kesemua adik beradik dan juga keluarga akan bertambah baik selepas ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.