15 SELEBRITI yg pernah putus cinta & tunang, nombor 5 tu sampai satu Malaysia berduka.

15 SELEBRITI yg pernah putus cinta & tunang, nombor 5 tu sampai satu Malaysia berduka.

 

Bak kata pepatah, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Malah ia tidak terkecuali bagi sebilangan selebriti terkenal tanah air ini yang pernah mengalami sisi kesedihan dengan putus cinta dalam hidup mereka.

Pendek kata jodoh mereka tidak kesampaian meskipun sebelum ini pernah disebut-sebut untuk naik ke atas pelamin indah, namun siapalah kita untuk tentukan jodoh mereka.

 

Jadi kami senaraikan 10 pasangan hangat selebriti yang bercinta tapi akhirnya putus di tengah jalan. Ada di antara mereka ini pun sudah bertunang, namun tak kesampaian untuk bergelar pasangan suami isteri.

10 Pasangan Selebriti Yang Pernah Putus Cinta & Tunang 

 

#1. Uqasha Senrose & Hefny Sahad 

Sebelum ini kedua-dua pasangan ini sering memuat naik foto bersama dan pernah menyatakan hasrat untuk bertunang, namun pada awal tahun lepas hubungan mereka telah pun berakhir.

 

#2. Zizan Razak & Emma Maembong

Zizan dan Emma mula menjalin cinta di awal tahun 2014 dan ada juga desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun tersebut. Namun sekitar awal tahun 2015, mereka disahkan putus cinta disebabkan tiada persefahaman.

 

#3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah

Pelakon, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pernah dinobatkan pasangan paling secocok dalam drama Nur Kasih di TV3 kerana kedua-duanya sangat menjiwai watak yang diberikan hingga akhirnya bertebaran kisah cinta mereka.

Namun, percintaan mereka terkandas di tengah jalan. Tapi punca mengapa ia terputus tidak pula diketahui.

Sementara itu, selepas senyap beberapa tahun tentang gosip cinta Remy Ishak akhirnya bertunang pula dengan seorang usahawan bernama Ezza Yusof. Walau bagaimanapun, gerbang perkahwinan mereka juga tidak kesampaian.

Diharap Remy berjumpa dengan wanita yang benar-benar serasi dengannya suatu hari nanti.

 

#4. Kamal Adli & Intan Ladyana

Hubungan Kamal Adli dan Intan Ladyana akhirnya menemui noktah pada tahun 2014 selepas enam tahun mengemudi perasaan cinta.

Namun kedua-duanya tidak mahu berkongsi cerita mengapa mereka berpisah kerana menurut Intan itu adalah kisah peribadi mereka yang tak perlu diceritakan cukuplah umum tahu mereka tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

 

#5. Neelofa & Dato’ Hans Isaac

Kisah cinta dan persahabatan pasangan ini sering menjadi teka teki sama ada mereka ini benar – benar bercinta atau sebaliknya. Namun, Neelofa sendiri mengakui hubungan dengan pelakon dan penerbit itu sudah pun berakhir.

**********

Sementara itu, ini pula kisah selebriti yang telah bertunang namun putus di tengah jalan. Malah, ada di antara mereka yang sudah pun berkahwin dengan orang lain.

 

#6. Amyra Rosli & Dazrin

 

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur iaitu Amyra Rosli pernah mengikat tali pertunangan dengan Dazrin sebelum dia berkahwin dengan pelakon, Ammar Bahrin.

Namun begitu pada saat-saat akhir untuk berkahwin, kedua-duanya memutuskan untuk menoktahkan ikatan tersebut.

Walau bagaimanapun, kini mereka telah pun bahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan cahaya mata yang comel.

 

#7. Awi Rafael & Atikah Suhaimie

Betapa kecohnya dunia hiburan apabila penyanyi Awi Rafael mengumumkan keputusan untuk tidak jadi berkahwin dengan Atikah Suhaimie!

Namun punca mengapa mereka tak jadi kahwin masih dirahsiakan sehingga kini.

 

#8. Sufian Suhaimi & Elfira Loy

Kisah cinta Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sangat diperkatakan oleh orang ramai terutama apabila mereka dilihat sering memuat naik gambar bersama.

Namun, pertunangan yang diikat tidak bertahan lama selepas Elfira memutuskan ikatan tersebut. Malah, lebih membuatkan netizen sebak bila Sufian meletakkan prop pelaminan impian sebagai backdrop semasa pentas Anugerah Juala Lagu pada musim lalu.

Meskipun itu, Elfira telah pun berkahwin dengan jejaka lain dan kini sedang menantikan cahaya mata yang bakal lahir tak lama lagi. Tahniah Elfira!

 

#9. Awie & Erra Fazira

Ini adalah satu-satunya kisah cinta dan putus tunang yang paling kontroversi sepanjang zaman. Bagi generasi 1990 an kisah cinta pasangan ini tentunya bukan lagi rahsia.

Ini kerana mereka mula bercinta semasa membintangi filem Sembilu terbitan Skop Productions yang kemudiannya mengikat tali pertunangan pada tahun 1996.

Walaubagaimanapun, ikatan pertunagan itu terputus di tengah jalan dan Awie akhirnya menikahi penyanyi Arni Nazira namun perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama dan bercerai pada 2016.

 

#10. Shah Jaszle & Redzwani Puteri

Pasangan ini difahamkan telah bertunang pada Disember 2012 namun Shah Jaszle terpalit dengan kontroversi kerana isu tangkap khalwat. Meskipun telah berpisah, hubungan mereka masih baik.

Walaubagaimanapun, semua selebriti yang disenaraikan ini telah pun menemui kebahagiaan masing-masing. Mana yang belum berkahwin itu diharap bertemu jodoh tidak lama lagi!

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.