Rezeki melimpah ruah dgn lagu Casablanca, namun ramai kecewa dgn perubahan Naufal Azrin sebab ini..

Ahmad Naufal Azrin atau lebih dikenali dengan Naufal Azrin merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Naufal memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi nasyid, dalam kumpulan Zayne yang ditubuhkan pada 2019. Pada tahun 2022, Naufal meninggalkan kumpulan itu untuk bergerak secara solo.

Rezeki Yang Melimpah Ruah Melalui Lagu Casablanca

Lagu yang bertajuk Casablanca yang dinyanyikan olehnya bersama rakan duet iaitu Nuha Bahrin, mendapat perhatian ramai apabila lagu tersebut kini mencecah sebanyak 28 juta tontonan. Lagu tersebut menjadi popular di dalam serta luar negara, yang telah mengangkat nama Naufal dan Nuha lebih dikenali ramai.

Netizen Kecewa Penampilan Berubah Sejak Sertai Big Stage 5

Baru-baru ini, Naufal menyertai Big Stage musim kelima bagi menambah pengalaman dalam industri muzik tanah air. Namun, penampilan Naufal pada konsert minggu pertama dipersoalkan netizen kerana berubah secara keseluruhannya.

Naufal membuat penampilan pertamanya di konsert berkenaan, dengan mengayakan blazer berwarna merah bersama aksesori rantai leher dan gelang tangan.

 

Gambar yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu, dihujani dengan komen dari netizen di mana rata-rata mereka kecewa dengan perubahan Naufal akibat dari terleka mengejar dunia hiburan.

“Terjatuh dalam dunia industri, padahal dulu rambut sikat tepi siap zikir allahu rabbi”-kata mereka

“Bila hidup terbuai dengan dunia. Dulu post semua islamik, pakaian semua islamik. Sekarang pakaian dan moden dan seksi, lengkap rantai dan gelang. Moga Allah jaga kita semua”-ujar mereka

“Kalau Naufal tersingkir pun nanti, harap itu sebahagian dari asbab untuk tidak bawa dia lebiih jauh tersasar”-tambah mereka

VIA instagram
VIA instagram

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Naufal dan diri kita, agar tidak lalai dengan dunia yang sementara ini.

Apa kata anda?

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*