“Sejak Bell Menang tu.. Dia makin..” Baru sj menang ABPBH.. Adik dedah Sikap terkini Bell..
Air mata seorang adik… Laungan ‘Yak Yak Yeay’ buat Anne sebak, mahu Bell teruskan legasi ‘Ngasri’
PELAKON Datin Anne Ngasri tidak dapat menahan air mata sejak abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.
Anne atau Naszriah Ngasri, 39, berkata, sebagai adik dia dapat merasai penghargaan rakyat negara ini terhadap karier Bell sejak 37 tahun lalu.
“Sejak Bell menang, saya pergi mana-mana orang selalu laung Yak Yak Yeay.
“Saya rasa orang sangat hargai kerjaya dia, itu pun sudah cukup buat saya dan keluarga untuk rasa gembira buat Bell, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.
Menyifatkan Bell atau Nasrizal Ngasri, 43, seorang yang kuat bekerja, Anne berkata dia berharap abang kesayangannya itu akan terus berkarya selain membanggakan nama keluarga mereka dalam industri seni tanah air.
Kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Jika sampai masanya, pasti apa yang diharapkan jadi kenyataan.
Berpegang kepada prinsip itu, pelakon, pelawak dan pengacara, Bell Ngasri percaya kerja yang dibuat dengan ikhlas, pasti menghadiahkan ganjaran lumayan.
Justeru, apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell menyifatkan pencalonannya itu sebagai sejarah peribadi buatnya.
“Memang saya terkejut. Ini kali pertama nama saya melepasi senarai Top 5 ABPBH selepas sekian lama dimasukkan dalam senarai pencalonan awal.
“Bohonglah kalau cakap saya tidak simpan harapan untuk menang. Selepas tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni, tentu saya teringin hendak menang trofi ABPBH yang boleh dijadikan kenangan.
Dapat menang sekali pun saya sudah bersyukur. Tidak perlu hendak menang setiap tahun. Kalau dapat ‘job’ tiap-tiap tahun, itu saya hendak (ketawa),” katanya kepada BH Online.
Mengulas mengenai pencalonannya, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 43, mengaku watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa adalah antara faktor dirinya menjadi sebutan peminat.
“Tidak dapat dinafikan watak itu membawa tuah kepada saya apabila ramai yang suka dan tertunggu-tunggu kemunculannya setiap kali Ramadan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Mamat Khalid kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang cukup ikonik itu.
“Harapan saya semoga ada kesinambungan telefilem Puasa 19 kerana saya terima banyak permintaan peminat.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pengarah yang menawarkan peluang saya berlakon dan peminat yang beri sokongan sejak dahulu.
“Kalau bukan kerana mereka, saya tidak berada pada kedudukan hari ini,” kata abang kepada pelakon Darling Ngasri dan Anne Ngasri ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Instagram (IG), bapa kepada tiga cahaya mata ini meluahkan rasa terharu apabila pencalonannya pada ABPBH 35 mendapat sokongan padu rakan industri termasuk rakyat Sabah.
“Saya tidak sangka dapat sokongan sebegini rupa, termasuk dari negeri lain yang bukan tempat asal saya. Kawan-kawan artis yang lebih popular dan hebat berbanding saya, termasuk persatuan turut mengundi saya.