Tobat tak buat dah, produser dedah perubahan terkini Zul Ariffin ramai tk sangka.

Pelakon sado berbakat besar, Zul Ariffin menolak mana-mana tawaran lakonan yang berkehendakkan dirinya untuk berpelukan dengan bukan mahram serta melakukan babak panas dan seksi.

Masih berlakon tapi tak nak watak keterlaluan.

Keputusan itu dibuat selepas Zul Ariffin selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada Jun lalu dan ia dimaklumkan oleh produser drama iaitu Fadzil Teh yang telah berurusan dengan aktor berusia 37 tahun beberapa hari lalu.

Pun begitu, pelakon drama Perempuan Itu mengakui dirinya masih lagi terlibat dalam dunia lakonan dengan pendirian yang baru.

“Dua tiga hari sudah, aku dok sembang dengan aktor Haji Zul Ariffin. Duk offer la watak-watak untuk drama siri baru.

“Zul bagitau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak-watak seksi, peluk-peluk semua.

“Aku kata okey ambik watak ni, dia tak ada rogol, gomoi perempuan, dia kata minta maaf Haji, saya tak nak terlibat lagi cerita-cerita macam ni,”kongsi Fadzil Teh.

Diri sendiri rasa malu sebab pernah janji…

Dalam hantaran yang sama dikongsikan menerusi platform Facebook, pengarah kelahiran Perlis itu mengakui dirinya terasa malu dengan diri sendiri selepas Zul Ariffin menyatakan pendiriannya.

Fadzil Teh berkata, dirinya juga pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak lagi menerbitkan sebarang drama yang agak seksi jalan penceritaannya, tetapi adakalanya ‘terbabas’.

“Lepas tu aku terfikir dan aku pula malu sendiri. Aku pun terus telefon orang kuat TV tu minta kita buang plot story yang agak seksi. Depa setuju.

“Aku pernah janji dengan diri aku tak nak dah terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi tu la kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia glamour ni. Terima kasih haji Zul Ariffin,” coretnya.

Sumber: FB Fadzil Teh, OMM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*