‘Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar’, pengunjung dakwa bilik mandi hotel di Cameron Highlands tak selamat
PARA pengunjung yang bakal menginap di hotel atau rumah inap desa di Cameron Highlands, Pahang dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika menggunakan bilik air.
Menerusi hantaran yang dikongsikan pengendali X @mynewshub pada Selasa, bilik air hotel berkenaan berkonsepkan dinding gelas atau cermin yang jelas memperlihatkan individu di dalam ruangan itu.
Dinding gelas bilik air di beberapa hotel di Cameron Highlands, Pahang didakwa tidak selamat untuk pengunjung. — Twitter
“Peringatan untuk yang ke Cameron Highlands yang duduk di apartment atas pasar malam. Berhati-hati ketika mandi di bilik air cermin.
“Nampak yang mandi tanpa seurat benang, jelas ya rambut paras mana pun nampak,” tulisnya.
Dinding gelas yang digunakan di dalam bilik air di Cameron Highlands. — Twitter
Menurut sumber asal hantaran itu, Lieza Wati mendakwa bahawa penghuni terbabit berkemungkinan tidak menyedari perkara itu kerana pantulan dalam bilik air tersebut tidak sama jika dilihat dari luar.
“Kesian mungkin dari dalam cermin tu gelap tapi dari luar sangat jelas. Bukan satu tapi tiga apartment yang kami nampak, tengok dekat beranda pakai tudung semua. Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar,” tambahnya.
Setakat ini, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan pihak berkuasa mahupun pihak hotel berhubung dakwaan terbabit.
Kredit-majoriti