“Semua Ini Ada Hikmahnya,Doakan Semoga dipermudahkan urusan saya” – Bapa Al-Fateh

Bapa kepada bayi lapan bulan yang maut didera oleh pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (taska), Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, akhirnya dapat bertugas ke Melaka selepas 14 tahun berjauhan dengan isterinya.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, Mohd Fikri Amri melahirkan rasa syukur penantiannya untuk tinggal sebumbung dengan isterinya di Melaka menjadi kenyataan.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Kem Perdana Sungai Besi turut memuat naik sekeping gambar ketika melakukan urusan serah tugas pada Rabu.

“Alhamdulillah syukur selesai serah menyerah tugas. Pemergian Al Fateh menjadi asbab untuk saya kembali ke Melaka.

Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, akhirnya dapat bertugas ke Melaka selepas 14 tahun berjauhan dengan isterinya.

“Semoga dipermudahkan urusan saya di tempat baru. Dapat daddy dan mommy melawat kubur Al Fateh hari-hari, Insya-ALLAH,” katanya pada Khamis.

Beliau dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata semangat kepadanya.

“Semoga Allah membalas jasa kalian dengan rezeki berlipat ganda,” ujarnya

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 6 September lalu, Al Fateh yang berusia lapan bukan meninggal dunia selepas pengasuhnya didakwa membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka bayi berkenaan dengan bantal.

Tindakan pengasuh wanita berusia 34 tahun itu dilihat menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis menahan reman pengasuh berkenaan dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.