Puteri Sarah akn rujuk semula dgn Syamsul? Ini penjelasan sebenar beliau sendiri
SUSULAN penyebaran berita kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof kembali bertaut, pelakon Puteri Sarah diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang kebenaran laporan tersebut.
Kesal dengan dakwaan berkenaan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan dia sudah meneruskan kehidupan dan tidak akan kembali ke pangkuan Syamsul.
“Ramai DM tanya betul ke? Rujuk balik ke? Jadi bini nombor dua ke?
Puteri Sarah sangkal segala berita palsu mengenai dirinya.
“Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita dah move on lah,” katanya.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.
Pelakon itu turut memaparkan tangkap layar hantaran berita dengan tajuk ‘Puteri Sarah semakin berseri semenjak mula berhubungan dengan… Tahun ini Sarah akan rujuk kembali dengan…’ yang tersebar di Facebook.
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga bengang dengan sikap segelintir pihak yang membuat berita palsu demi meraih perhatian netizen untuk menekan link pada artikel dipaparkan.
Katanya, keadaan juga semakin tidak terkawal apabila dia memilih mendiamkan diri daripada mengulas sebarang isu mengenai dirinya yang tersebar.
“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.
Puteri Sarah bahagia dengan kehidupannya ketika ini.
“Mula-mula kata rujuk balik, lepas itu mengarut kata rujuk balik demi anak-anak. Aku tak fahamlah.
“Makin diam, makin aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” ujarnya.
Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.
Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.